-->

Kita Perlu Dapatkan 3 mata - Dominic Tan

Pertahanan Malaysia yang bermain di Sabah, Dominic Tan luah rasa keyakinan untuk memenangi perlawanan malam ini menentang Hai Phong FC dari Vietnam. 

Sabah akan bermain di laman sendiri dan bagi Dominik ia merupakan kelebihan untuk pasukan itu dalam memburu 3 mata penting.


Kita Perlu Dapatkan 3 mata



"Bagi saya kita bermain di tempat sendiri dan harus mengambil peluang sebaiknya dan paling penting dapat tiga mata," katanya pada sidang media pra perlawanan hari ini.



"Sudah dah tentu kita kena pelajari daripada kesilapan sebelum ini. Tapi Hai Phong sebuah pasukan yang baik dan kita kena berjaga-jaga serta buat yang terbaik," kata pemain kacukan berdarah Malaysia-Singapura itu.


"Dah tentu ada pemain yang perlu diberi perhatian, tapi kami perlu lihat daripada aspek secara keseluruhan, di mana semua pemain pasukan mereka bahaya. Kami akan cuba untuk tidak dibolosi," katanya.

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama