-->

Aura Stadium Likas bakal kuatkan Pasukan Sabah

Aura Stadium Likas bakal kuatkan Pasukan Sabah. Jurulatih Sabah, Ong Kim Swee benar-benar mengharapkan aura stadium keramat, Stadium Likas dapat memberikan kemenangan kepada anak buahnya dalam perlawanan AFC Cup malam ini.

Untuk rekod, Kim Swee menang 12 perlawanan daripada 17 perlawanan yang berlangsung di Likas. Dalam pada itu, Sabah juga perlu berwaspada dengan pemain Hai Pong FC dalam perlawanan penentuan ini.


Aura Stadium Likas bakal kuatkan Pasukan Sabah



"Kalau kita lihat rekod kita di Likas, kita sering mendapat gol awal di babak pertama. Namun apa yang berlaku sama ada kita dapat gol awal ataupun lewat, yang penting di sini kita tidak boleh leka," katanya pada sidang media praperlawanan hari ini.


"Di sini kalau kita berjaya menjaringkan satu ataupun dua gol di awal permainan, tetapi kita leka dan kita dibolosi dua ataupun tiga, jadi perkara (berisiko tewas) yang sama berulang.


"Yang penting kita harus kekal fokus daripada awal permainan sehingga akhir permainan dan dalam situasi tersebut, kita perlu mengambil peluang di mana peluang tersebut perlu disempurnakan jika tidak kita tidak akan menjaringkan gol.


"Jadi yang lebih penting di sini, kalau kita kekal fokus saya percaya kita mampu mendapatkan apa yang kita ingin," kata bekas pengendali skuad Harimau Malaya itu.


"Tentu kita menganalisa perlawanan kita dengan Hai Phong, di mana apabila kita tewas di sana dah tentu banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.


"Dah tentu juga Hai Phong ada kelebihan tersendiri dan pada masa yang sama, kita tak perlu terlalu gusar di mana kita bermain di Stadium Likas.


"Saya percaya bermain di tempat sendiri akan memberi kelebihan tetapi kita tidak boleh mengambil mudah," kata Kim Swee lagi.

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama