Sri Pahang dimalukan Pdrm di tempat sendiri

Sri Pahang dimalukan Pdrm di tempat sendiri. Bermain di stadium darul makmur bukanlah satu kekebalan bagi skuad Tok Gajah apabila mereka tewas 2-3 kepada pelawat, Pdrm. Semalam berlangsungnya perlawanan ini sebagai perlawanan tertunda liga super 2023.


Sri Pahang dimalukan Pdrm di tempat sendiri



Sri Pahang Kalah di Laman sendiri

Gol awal diperolehi oleh Sri Pahang menerusi kpah sherman pada minit ke 7. Dia berjaya mengelak dari perangkap offside dan terus membuat percubaan leret menewaskan penjaga gol PDRM, Ramadhan.


Pada minit ke 32, Ingreso menghadiahkan penalti kepada pdrm apabila bola terkena tangannya dalam kotak penalti. Bruno Suzuki berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi sepakan penalti tersebut.


Gol kedua pdrm muncul pada minit ke 41 selepas zulfahmi yang tidak dijaga menjaringkan gol berhadapan dengan penjaga gol sri pahang.


sebelum rehat babak pertama, pdrm mendapat gol ketiga mereka selepas serangan pantas yang dilakukan oleh hadi fayyad dan bruno suzuki. Bruno menjaringkan gol enerusi sepakan cantik dalam kotak penalti menewaskan penjaga gol sri pahang.


Pada minit 66, sri pahang mendapat sepakan penalti selepas penjaga gol pdrm menjatuhkan pemain mereka. Stefano brundo berjaya menjaringkan gol penalti tersebut.


Keputusan akhir Sri Pahang 2-3 Pdrm.




Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama