-->

Kim Swee tak tahu masalah dalaman Sabah

Baru-baru ini tular di sosial media mengenai masalah tunggakan gaji pemain-pemain sabah bawah 23 tahun. Apabila di tanya media sama ada mengetahui masalah itu atau tidak.


Kim Swee tak tahu masalah dalaman Sabah


Ong Kim swee berkata dia menafikan berlaku masalah dalaman tengah berlaku dalam pasukan bimbingannya.


Kim swee juga berkata prestasi pasukannya sekarang juga dalam memperlihatkan bagaimana keadaan pasukan itu dan tidak menampakkan yang mereka dalam masalah.


"Kalau dilihat prestasi kita, saya tidak nampak ada masalah (dalaman). Apa yang penting di sini, semua pemain menunjukkan satu semangat cukup positif bukan saja dalam latihan, tetapi dalam perlawanan.


"Jadi apa yang kita dengar di luar itu, kita harus pastikan sebelum kita mengatakan sesuatu," katanya pada sidang media menjelang perlawanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2023 Kumpulan H menentang Hai Phong FC.



Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama