Ulsan Hyundai Belasah JDT dengan Mudah

 Ulsan Hyundai Belasah JDT dengan Mudah. Sebentar tadi berakhir sudah perlawanan ketiga kumpulan I Asia Champion League 2023. Perlawanan melibatkan pasukan JDT dan juga tuan rumah Ulsan hyundai. Keputusan perlawanan pula memihak kepada tuan rumah dengan jaringan 3-1.


Ulsan Hyundai Belasah JDT dengan Mudah


Ulsan Hyundai Belasah JDT dengan Mudah

30 minit pertama perlawanan merupakan mimpi ngeri pasukan JDT apabila 3 gol terhasil yang memberi mereka kekalahan.

Pada minit keempat Gustav sudah mula memberi tekanan kepada pertahanan JDT apabila berjaya melepasi halangan Matt Davies tetapi percubaannya di halang oleh pemain Shane Lowry.

Gol pertama muncul menerusi pemain Jeong Seung Hyeon pada minit ke 5. Ia terhasil dari sambungan sepakan sudut yang diambil oleh ulsan hyundai sebelum ditampan masuk seung hyeon yang tida di kawal oleh pemain JDT.

Kemudian Gustav Ludwigson menjaringkan gol pada minit ke 12 selepas mendapat hantaran dari bola yang terpantul dari pemain JDT seterusnya menewaskan Syihan dengan mudah. Selang beberapa minit kemudian, dia sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke 18.

Gustav berjaya memperdayakan Matt davies dan menjaringkan gol mudah yang tidak dihalang oleh mana-mana pemain JDT.


sebelum rehat babak pertama, pasukan Ulsan Hyundai mendapat tamparan hebat apabila Kim Tae hwan dibuang padang pada minit ke 36.


Bersambung babak kedua, situasi tidak banyak berubah. cuma Jdt mendapat gol yang dicari-cari. Bergson menjaringkan gol padaa minit ke 53 perlawanan. Pergerakan permainnannya dengan Forestieri berjaya membuahkan gol yang dicari.


Keputusan kekal Ulsan Hyundai 3-1 JDT.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama