FAM Beri Sokongan Kepada Arab Saudi Bida World Cup 2034

Malaysia sokong Arab Saudi. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh persatuan bola sepak Malaysia mengenai sokongan badan induk bola sepak negara kita kepada Arab saudi untuk membida kejohanan piala dunia 2034. Ia juga menimbulkan riaksi kurang selesa negara asia tenggara lain selepas pernah mencadangkan piala dunia di negara-negara asia tenggara.


FAM Beri Sokongan Kepada Arab Saudi Bida World Cup 2034


FAM dalam kenyataan tersebut berkata;

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyuarakan sokongan kepada Arab Saudi dalam kempen negara itu membida tuan rumah Piala Dunia 2034.


Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin berkata, bidaan Arab Saudi ini hadir setahun selepas Qatar menjadi tuan rumah Piala Dunia pertama di Timur Tengah yang diklasifikasikan sebagai berjaya oleh Presiden FIFA, Gianni Infantino.


“Lantaran itu, kami menyokong Arab Saudi sebagai satu lagi negara Asia yang mampu menyajikan Piala Dunia selepas Korea Selatan dan Jepun pada 2002 dan Qatar, 2022.


“Piala Dunia yang diadakan di Korea Selatan, Jepun dan Qatar amat menakjubkan dan kami yakin Arab Saudi juga mampu menganjurkan kejohanan yang sama,” katanya.


Rabu lalu, Arab Saudi mengumumkan rancangan untuk membida tuan rumah Piala Dunia 2034, sejam selepas badan induk bola sepak dunia FIFA mengeluarkan kenyataan mengenai rancangannya bagi Piala Dunia 2030 dan menjemput negara dari Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) untuk membida bagi 2034.


AFC juga telah menyatakan sokongannya kepada bidaan Piala Dunia Arab Saudi 2034 sejurus selepas ia diumumkan.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama