Kelantan United belasah Kelantan fc

 Kelantan United belasah Kelantan fc. Pasukan kijang hijau berjaya membuktikan yang pasukan mereka lebih baik berbanding skuad kijang merah apabila membelasah pasukan itu dengan jaringan 7-0 dalam perlawanan Challenge Cup 2023. Perlawanan tersebut juga berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.


Kelantan United belasah Kelantan fc




Pasukan ini kini menjadi tumpuan selepas berterus pamir aksi buruk dalam saingan liga Malaysia musim ini. Ditambah pula dengan masalah dalam pasukan membuatkan Kelantan FC seperti hilang taring berbanding musim lalu.


Gol pertama kelantan united terhasil menerusi Dominic Balik pada minit ke 9 dan apda minit ke20, Ismahael Akinade menjaringkan gol kedua pasukan kelantan united.


Ini juga merupakan gol pertamanya menentang bekas majikannya sebelum ini. Sebelum indra putra menjaringkan gol ke 3 Kelantan United. Penjaga gol kelantan fc di kenakan kad merah selepas menjatuhkan ismahael di luar kotak penalti.


Kemudian, Indra mengambil sepakan percuma itu dan menjaringkan gol yang cantik menerusi sepakan tersebut.



Pada minit ke 74, Faiz Nasir merebat masuk untuk gol keempat pasukan itu dan pada minit ke 79 Shavin menjaringkan gol ke 5 mereka selepas berjaya mengelak dari perangkap offside.


Sebelum pulang, kelantan united berjaya mendapatkan dua gol lagi iaitu menerusi pemain Royizzat pada minit ke 88 dan 90 bagi menutup malam bergaya pasukan itu.


Kemenangan besar ini juga merupakan kemenangan pertama kali kelantan united sejak pasukan itu ditubuhkan. keputusan akhir kelantan united 7-0 Kelantan fc.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama