7 Fakta Menarik JDT vs Kawasaki Frontale 2023

Menjelang pertemuan pertama JDT vs Kawasaki Frontale pada malam ini bagi aksi Asia Champion League 2023. Sudah pasti ramai yang tidak sabar menyaksikan wakil tunggal negara dalam kejohanan ini beraksi. JDT sudah pernah bertemu dengan kawasaki frontale iaitu pada musim lepas di mana perlawanan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Johor.


7 Fakta Menarik JDT vs Kawasaki Frontale 2023




7 Fakta Menarik JDT vs Kawasaki Frontale 2023


Bagi memeriahkan lagi perlawanan malam ini, kami kongsikan beberapa fakta menarik perlawanan JDT vs Kawasaki Frontale untuk anda. 


 



1. Market value untuk JDT adalah 9.93 juta Euro Manakala untuk kawasaki frontale pula ada 16.28 juta Euro.


2. Purata umur pemain JDT adalah di 29 tahun manakala purata umur pemain Kawasaki Frontale adalah 26 tahun.


3. JDT mempunyai 17 pemain skuad kebangsaan manakala hanya seorang sahaja pemain kawasaki frontale yang bermain dengan skuad kebangsaan.


4. JDT hanya mempunyai 2 pemain muda yang bermain di peringkat negara. manakala kawasaki frontale ada 4 pemain mewakili negara masing-masing.


5. JDT mempunyai 10 pemain import. manakala pasukan gergasi jepun ini hanya mempunyai 6 pemain. beza 4 pemain import dalam kedua-dua pasukan.


6. Dalam pertemuan terakhir mereka, kawasaki frontale belasah JDT dengan jaringan 5-0. Mereka juga seri tanpa jaringan dalam perlawanan pertama kumpulan pada musim lepas.


7. Pemain paling bernilai JDT adalah Jordi Amat yang berusia 31 tahun. Jordi lahir di barcelona dan mempunyai kerakyatan Indonesia. Manakala pemain paling bernilai untuk kawasaki frontale adalah Miki Yamane yang berusia 29 tahun yang juga merupakan warga kelahiran Jepun sendiri. 

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama