JAWAPAN Siapa di sebalik LEMBAGA HITAM di Stadium MBPJ

Baru-baru ini ramai yang memperkatakan mengenai misteri 4 lembaga hitam berada di Stadium MBPJ ketika aksi Pdrm menentang pasukan selangoor.


Ramai juga membuat andaian bahawa itu merupakan salah satu protes dari pengurusan Selangor FC selepas penggantungan pemain Faisal Halim selama 4 bulan.


JAWAPAN Siapa di sebalik LEMBAGA HITAM di Stadium MBPJ



Tetapi itu semuanya SALAH.


Sebenarnya kehadiran 4 lembaga misteri itu adalah untuk mempromosikan filem terbaru bertajuk RAHSIA.


Filem berkenaan merupakan karya arahan Othman Hafsham dan akan mula ditayangkan pada 10 ogos di pawagam. 


satu lagi fakta menarik untuk filem ini adalah ia merupakan reboot atau remake dari filem asal yang pernah ditayangkan pada tahun 1987 dulu.


Ketika itu filem rahsia merangkul anugerah Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik, selain enam kategori lain pada Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-7. Jadi terjawab sudah apa yang berlaku sebenarnya.

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama