2 Negara World Cup Lawan Harimau Malaya Pada Januari 2024

Desas desus mengenai siapa dan pasukan apakah yang akan menentang anak buah Kim Pan Gon pada januari tahun hadapan sebelum beraksi di pentas Piala Asia.


Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin baru baru ini telah mengesahkan skuad Harimau Malaya bakal menentang pasukan Arab Saudi dan juga Oman dalam tempoh rehat antarabangsa itu nanti.


2 Negara World Cup Lawan Harimau Malaya Pada Januari 2024



Katanya, 


"Kita memang pasti akan menentang Arab Saudi di Doha pada 3 Januari dan selepas itu mengikut perancangan kita akan terbang ke Oman untuk menentang skuad kebangsaan negara itu.



"Sama ada kita satu kumpulan dengan Oman atau tidak, saya berpendapat ia sesuatu yang bagus untuk kita kerana ia akan dimainkan secara tertutup.


"Ini masanya untuk Pan-gon melihat semula pasukan, tukar taktikal ataupun buat penambahbaikan.


"Dalam bola sepak moden, setiap pasukan boleh lihat pasukan lawan melalui pelbagai cara sama ada menerusi video dan sebagainya," katanya 


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama