Selangor Kalahkan Sabah di Stadium MBPJ

Semalam, pasukan selangor menerima kunjungan pasukan the rhinos di stadium mbpj bagi aksi liga super. Pasukan selangor juga berjaya mengatasi dan mengalahkan pasukan lawannya itu dengan jaringan 1-0.


Selangor mula garang dengan menyerang ke kubu kuat sabah dan hasilnya gol yang dicari muncul pada minit ke 23 menerusi Ayron Del Valle.


Selangor Kalahkan Sabah di Stadium MBPJ



Ia juga hasil gerakan cantik Faisal Halim dan Richmond Boakye berjaya disudahi Ayron Del Valle untuk kedudukan 1-0.


Bersambung babak kedua, pasukan sabah lebih banyak menyerang berbanding selangor. namun ketajaman penyerang mereka yang agak tumpul menyukarkan mereka mendapatkan gol semalam.


Selangor pula hampir menambah gol namun percubaan pemain mereka hanya sekadar terkena palang. Selangor juga masih kekal di tangga kedua dengan jarak mata yang banyak berbanding pasukan di tempat ketiga kebawah.



Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama