Terengganu Gagal Ke Final Walaupun Bermain di Tempat Sendiri

Jelas kekecewaan terpancar pada wajah pemain dan pengurusan terengganu fc selepas mereka gagal ke final piala fa apabila tewas pada penentuan sepakan penalti kepada Kuala lumpur City. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan itu berkesudahan dengan 2-4 memihak kepada pasukan pelawat.


Terengganu Gagal Ke Final Walaupun Bermain di Tempat Sendiri


Terengganu Gagal Ke Final Walaupun Bermain di Tempat Sendiri

Ivan mamut mendapat peluang menjaringkan gol seawal minit pertama namun percubaannya itu tidak di sambar oleh Sony Norde dan bola itu dikeluarkan oleh pemain KL City.

Habib Haroon membuat percubaan dari luar kotak penalti tetapi percubaannya tersasar ke sebelah kanan. Pada minit ke 27, Sony mempunya peluang untuk menjaringkan gol menerusi sepakan percuma. 

Namun dia gagal memanfaatkan peluang tersebut.

Bersambung babak kedua, Tomislav Steinbruckner memasukkan dua pemain iaitu Jordan Mintah dan Nik Muhamad Sharif Haseefy Mohd Lazim bagi menggantikan Mamut Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob. 

Sudah pasti ia berikutan kegagalan pemain itu menjaringkan gol. KL City juga memasukan dua penyerang, Romel Morales dan Sean Giannelli bagi menggantikan Kipre Tchetche dan T Saravanan, juga gagal menjaringkan gol juga.

Akhirnya perlawanan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti yang menyaksikan KL City menang 2-4 dalam perlawanan ini.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama