Lee Zii Jia Padam SEMUA Gambar di Instagram

Lee Zii Jia Padam Gambar di Instagram. Ini juga menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat badminton negara apabila pemain perseorang no1 negara itu membuat tindakan demikian. Instagram Zii jia mempunyai 971 ribu pengikut itu dilihat kekosongan tanpa sebarang gambar seperti sebelum ini. Adakah zii jia punya masalah atau sebaliknya?


Lee Zii Jia Padam Gambar di Instagram




Setakat semalam, hanya gambar dalam kategori musik sahaja yang kekal sebaliknya gambar lain sudah dipadam. Kita tahu yang zii jia tengah bergelut untuk kembali ke prestasi sebenarnya dan dia juga mengambil keputusan untuk berehat seketika dari aktiviti badminton.

Namun begitu, ramai yang risau keadaan Zii Jia selepas dia memadam semua gambar di insta miliknya.

 Ada komen di twitter yang bertanyakan " Zii Jia adakah anda Okey?" dan ada juga berkata; "Getaran negatif masuk, dia tahu. Juga, dia mahu berehat sebelum Wong Tat Meng datang. Lebih baik tutup atau padam, atau arkibkan (akaunnya) dahulu."

Komen admin:

Dia antara dua, sama ada dia memang perlukan pertolongan moral dan support. Atau dia memang tengah bersedia untuk sesuatu yang baru. 

Sebagai contoh. Mungkin Zii jia padam gambar-gambar tersebut untuk mengelak dia dari teringat kegagalan dia sebelum ini. Jadi dia mahu mulakan fasa hidup baru.

Ataupun dia ada perancangan yang akan datang bersama dengan jurulatih barunya nanti. 

Apa-apa pun, kita perlu dengar sendiri penjelasan lee zii jia mengenai perkara ini. Banyak kalender penting harus di laluinya selepas ini menjelang Olimpik Paris yang mana dia menjadi harapan negara untuk mendapatkan pingat emas.

Kita doakan semoga dia baik-baik sahaja dan tidak terlalu terbawa mengenai kegagalan dia dalam kejohanan sebelum ini. Ayuh Bangkit Lee Zii Jia! 

Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama