"Pembatalan saat akhir daripada pihak Yemen FA" S/U FAM

Sepatutnya pasukan negara akan bertemu dengan pasukan Yaman dalam aksi persahabatan antarabangsa bulan Jun ini. Namun pihak Yeman membuat pembatalan saat akhir yang menyebabkan kesukaran FAM mencari pengganti yang setara.


"Pembatalan saat akhir daripada pihak Yemen FA"




Setiausaha Agong FAM, Noor Azman Rahman berkata;


"Ia selepas FAM menerima surat makluman rasmi daripada YFA pada jam 5 petang semalam yang menyatakan hasrat membatalkan perlawanan atas alasan ketiadaan pemain utamanya kerana menyertai skuad B-23 negara berkenaan ke Kejohanan Asia Barat di Iraq.



"Pembatalan saat akhir daripada pihak YFA ini sekali gus memaksa FAM perlu mencari segera pasukan pengganti sesuai dalam masa yang agak suntuk dengan pilihan terhad memandangkan kebanyakan pasukan lain sudah mempunyai lawan masing-masing pada kalendar Fifa kali ini.


"Selepas menghubungi beberapa pasukan, FAM akhirnya berjaya mendapat persetujuan daripada Papua New Guinea sebagai pasukan pengganti untuk bertemu skuad Harimau Malaya," katanya.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama