-->

Tan Cheng Hoe Waspada Ancaman Penang FC

Turun petang ini dalam perlawanan menentang Penang sudah pasti menggusarkan Selangor FC kerana mereka tewas sebelum ini dalam aksi persahabatan pra musim. Sudah pasti mereka juga waspada dan berhati-hati dengan taktikal yang bakal di corakkan oleh pemain pulau pinang hari ini.


Tan Cheng Hoe Waspada Ancaman Penang FC


Tan Cheng Hoe Waspada Ancaman Penang FC


"Kalau kita lihat Penang bermain dengan baik dalam liga dan mendapat motivasi atau keyakinan tinggi selepas menang ke atas Kedah dalam Piala FA. Mereka pun nak mencari kemenangan di laman sendiri selepas tiga perlawanan liga mereka tak dapat mata penuh.


"Penang ada beberapa pemain yang bagus seperti penjaga gol, Shafiq Afifi Suhaimi yang ketika ini berada pada keyakinan tinggi setelah berjaya menyelamatkan dua penalti Kedah dan dia beraksi dengan baik juga dalam liga.



"Selain itu, kapten mereka, Rafael Vitor menjadi tunjang pasukan dan Adriano bertindak sebagai perancang dalam pasukan. Penang turut mempamerkan disiplin tinggi di bahagian pertahanan dan serangan," katanya.

"Semua pemain dalam keadaan terbaik, kami datang ke Penang dengan satu misi mendapatkan keputusan positif. Sudah pasti kami pun tidak mahu tercicir mata di peringkat awal dan kami perlu fokus setiap masa berdepan Penang," katanya.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama