-->

Selangor Harap Mutu Pengadulan yang Lebih Baik

Menjelang perlawanan menentang JDT, Pengurus Selangor FC, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid mempunyai harapan yang tinggi agar mutu pengadilan lebih baik tahun ini berbanding musim lepas. Ini kerana pengadilan juga memainkan peranan penting terhadap persembahan pasukan.


Selangor Harap Mutu Pengadulan yang Lebih Baik


Selangor Harap Mutu Pengadulan yang Lebih Baik

"Saya rasa perkara yang berlaku itu (insiden pengadil diserang di luar stadium) telah dijadikan sebagai pengajaran besar untuk semua pihak, dalam hal ini isu-isu mengenai kepengadilan perlawanan kita serahkan kepada mereka yang berkuasa dalam hal pengadilan ini, untuk memantau prestasi pengadil-pengadil yang beraksi setakat ini.



"Dan saya rasa kita sebagai pentadbir pasukan, kita berharap dan akan menyokong penuh usaha-usaha yang sedang dijalankan oleh FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) dalam meningkat mutu kepengadilan ini.

"Pengadil (yang akan mengadili) itu pun kita tak tahu siapa, dan harap boleh mengawal perlawanan dan tempo dengan baik," katanya ketika ditemui media pada Majlis Pengenalan Rakan-Rakan Strategi Selangor FC 2023 di Pusat Latihan Selangor FC di Shah Alam, hari ini.


"Pada saya pemain-pemain yang ada dah cukup pengalaman, contohnya macam dalam pasukan ada lapan hingga sembilan orang yang biasa dengan perlawanan antarabangsa.


"Jadi dari segi emosi atau kawalan perlawanan itu sendiri, mereka secara profesional boleh kawal. Namun kita berharap tidak berlaku usaha-usaha provokasi, supaya secara tak langsung dapat mencerminkan semangat kesukanan yang tinggi," katanya.


Ketika ini, Selangor berada di tangga ketiga liga dan hanya ketinggalan dua mata di belakang JDT yang memimpin carta dengan 12 mata maksimum daripada empat aksi setakat ini.

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama