-->

"Paulo dan Endrick ada kualiti yang saya inginkan " - Kim Pan Gon

"Paulo dan Endrick ada kualiti yang saya inginkan " - Kim Pan Gon. Teka teki mengenai pemilihan dua pemain naturalisasi baru negara akhirnya terjawab. Kim Pan Gon akhirnya mendedahkan kepada midia mengenai alasan kenapa dia memilih dua pemain ini walaupun baru sahaja menjadi rakyat Malaysia baru-baru ini.


"Paulo dan Endrick ada kualiti yang saya inginkan " - Kim Pan Gon


"Paulo dan Endrick ada kualiti yang saya inginkan " - Kim Pan Gon

 "Walaupun Paulo dan Endrick ada kualiti yang saya inginkan terutama untuk menghidupkan jentera tengah tapi saya enggan beri mereka tekanan sebaliknya mahu mereka menjalani latihan seperti biasa dan dari situ saya mencorakkan taktikal permainan bagi membentuk rentak berintensiti tinggi,


"Mereka sudah membuktikan keupayaan apabila beraksi bersama kelab masing-masing yang menyaksikan kelibat mereka banyak membentuk pasukan malah ia juga akan beri impak positif pada skuad kebangsaaan bagi persiapan aksi dua perlawanan persabahatan.


"Apapun saya enggan meletak sasaran tinggi dan perlu bersabar kerana dalam tempoh latihan ini, sudah pasti akan dapat membentuk persefahaman di antara setiap permain yang hadir pada latihan untuk persiapan aksi persahabatan nanti." katanya.


"Dia pemain muda tapi berpengalaman apabila beraksi di divisyen pertama di Finland malah saya lihat pemain itu berpotensi terutama bermain di posisi tengah bertahan dan kekuatan tersendiri apabila kerap beri tekanan terhadap pemain lawan dan kualiti itu yang saya inginkan," kata Pan-gon.

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama