-->

Selangor FC Dibelasah Gergasi Bola Sepak Malaysia, JDT

Selangor FC Dibelasah Gergasi Bola Sepak Malaysia, JDT. Macam mana nak mula ya. hehe Baik, kita mulakan berita hari ini dengan kekalahan besar anak buah tan cheng hoe kepada JDT semalam. Apa sudah jadi dengan selangor?


Selangor FC Dibelasah Gergasi Bola Sepak Malaysia, JDT


Selangor FC Dibelasah Gergasi Bola Sepak Malaysia, JDT

Walaupun turun dengan 14 ribu pengokong setia mereka, Selangor masih gagal menyaingi pasukan JDT dalam perlawanan di Stadium Bandaraya Petaling Jaya.

Kekalahan itu menyaksikan JDT terus mengukuhkan cengkaman mereka di puncak liga dengan tiada kekalahan setakat ini. 

Sedikit highlight perlawanan. Pasukan Selangor bermain sangat baik di babak pertama apabila mereka berjaya menghalang asakan dari  JDT.

Pada minit ke 16, JDT datang menyerang dan hampir mendahului tetapi percubaan Forestieri tersasar jauh. Kemudian Diogo pula datang dan bola hampir masuk ke gawang Selangor tetapi ditepis keluar oleh Khairul Azhan.

Keputusan separuh masa pertama Selangor 0 - 0 JDT. 

Bersambung babak kedua, pertahanan selangor mula longgar dan lebih gemar melihat bola sahaja berbanding separuh masa pertama. Hasilnya pada minit ke 55, Juan Muniz menjaringkan gol pertama JDT untuk malam itu.

Gol kedua hadir melalui diogo pada minit ke 67 Kemudian Forestieri terus menjaringkan gol ke3 JDT pada minit ke 75 dan 82. Keputusan terakhir Selangor 0 -4 JDT.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama