-->

Nooa Laine Tekad Rebut Tempat Harimau Malaya

Nooa Laine Tekad Rebut Tempat Harimau Malaya. Pemain berdarah Malaysia-Finland yang baru dipanggill menyertai skuad kebangsaan bagi dua aksi persahabatan bulan mac nampaknya semakin bersemangat memburu tempat ke Piala Asia tahun hadapan.


Nooa Laine Tekad Rebut Tempat Harimau Malaya


Nooa Laine Tekad Rebut Tempat Harimau Malaya


bercakap kepada harian metro, Nooa berkata;  


"Sudah tentu saya bangga menjalani latihan bersama skuad kebangsaan buat kali pertama dan cuba beri yang terbaik sepanjang latihan malah pemain lain saya anggap seperti abang banyak membantu dan mereka kerap berkomunikasi dengan saya.


"Jika ada rezeki saya akan berada dalam skuad, tapi saya mahu menjadi pemain penting untuk Harimau Malaya pada masa hadapan, lagipun saya baru berusia 20 tahun dan perlu timba pengalaman di samping mahu sentiasa konsisten pada sesi latihan.

"Saya juga mahu menunjukkan nilai pada diri saya dan dari situ membantu pasukan kebangsaan dan ketika ini saya masih mengadaptasi corak permainan Harimau Malaya," katanya.


"Tidak dinafikan ketika menjalani latihan, saya perhatikan pemain yang turut bersama pada sesi latihan tampak berkualiti dan hebat tapi gaya permainan agak berbeza dengan di Finland yang lebih teknikal berbanding di sini gaya permainan lebih 'straight forward'.


"'Apapun, saya harus menyesuaikan diri dengan corak taktikal dan teknikal yang diterapkan jurulatih dan kena pantas mengenali corak permainan rakan lain," kata anak Faried Baharin yang juga penduduk asal Kampung Batu Laut, Tanjung Sepat, Selangor.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama