-->

KL City Tiada Tempat Latihan?

Inilah yang situasi yang sedang berlaku di kem Kuala Lumpur City setelah beberapa gambar mengenai keadaan tempat latihan mereka. Dalam satu temubual oleh harian metro, Ceo KL city menjelaskan sitausi sebenar yang berlaku. 


KL City Tiada Tempat Latihan?


"Saya dah usaha sebaik mungkin mencari di mana-mana sahaja tempat latihan sesuai buat sebuah pasukan profesional yang dah wujud sejak 1974 lagi.

"Pada Disember 2020 ketika saya datang ke sini, kami hanya ada stadium dan padang latihan Taman Pudu Hulu itu saja.

"Sepanjang 2021, kami dapat berlatih di stadium tetapi sepanjang 2022 kami tak dapat berlatih di stadium dan terpaksa meneruskan latihan di Taman Pudu Hulu saja…tahun ini juga sama.

"Saya dah pergi ke merata-rata mencari padang seperti di PKNS dan padang-padang lain semuanya tak dapat untuk memberi kami menggunakan untuk tempoh yang panjang.

"Jadi apa yang kami mampu buat?. Kami sebuah pasukan yang penuh dengan sejarah dan hampir memenangi Piala AFC, tapi ini saja yang kami ada," katanya.

"Bila pasukan masuk final ramai yang datang. Tapi bila kita perlukan bantuan, kita sukar untuk mendapatkan bantuan dan sebagainya. Saya harap ada sinar yang boleh membantu pasukan," katanya.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama