-->

Kedah Tumbang Di Darul Aman

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) terpaksa menerima kekalahan selepas gagal menjaringkan gol dalam aksi di tempat sendiri kepada PDRM. Ini juga satu kegagalan kepada mereka meneruskan rentak kemenangan dalam liga super 2023.


Kedah Tumbang Di Darul Aman


Kedah Tumbang Di Darul Aman

Pasukan bimbingan nafuzi zain bermain dengan sangat baik pada separuh masa pertama namun gagal menjaringkan sebarang gol.

Bersambung babak kedua, Permainan Kedah menjadi buruk selepas PDRM kerap memberi tekanan kepada pemain Kedah. Ia menyebabkan mereka gagal membuat passing yang sempurna kepada rakan mereka.

Kedah cuba menyerang dengan lebih bertenaga melalui Willian Lira namun hantarannya ke gawang disia-siakan sementara pada minit ke-54 pula PDRM melakukan percubaan melalui Alif Najmi

Kemudian, Kedah bagai hilang arah selepas kehilangan Manuel Ott yang dibuang padang akibat kad merah selepas dia mengasari pemain Pdrm, Fadi Mahmoud.

Pada minit ke 70 pula, Nafuzi Zain dilayangkan kad merah selepas dia reaksinya dengan pengadil keempat. Dia cuba bercakap dengan pengadil utama menerusi microphone pengadil keempat.

Selepas itu, Pdrm berjaya memecahkan kebuntuan selepas bruno suzuki menjaringkan gol pada minit ke 74.

Keputusan akhir, Kedah 0 - 1 Pdrm.

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama