-->

Sri Pahang Lancar Jersi Baru dan Target Pasukan Untuk Liga Super 2023

Baru-baru ini, pasukan Sri Pahang Lancar Jersi baru dan juga targer pasukan untuk liga super 2023 ini. Mereka juga seperti pasukan lain telah melakukan persiapan rapi bagi menyediakan skuad terbaik menjelang pembukaan liga.


Sri Pahang Lancar Jersi Baru dan Target Pasukan Untuk Liga Super 2023




Ketua Jurulatihnya, Fandi Ahmad berkata 

"Sebahagian besar pemain adalah muka baru dan mereka masih berada ditahap mencari keserasian di atas padang selain beberapa pemain mengalami kecederaan.


"Bagaimanapun saya berpuas hati dengan hasil latihan di Bangkok pada pra musim lalu kerana mereka dilihat berjaya menyesuaikan diri dengan latihan walaupun ada dua atau tiga pemain yang cedera," katanya selepas majlis pelancaran jersi dan pengenalan pemain Sri Pahang FC 2023 di Timmora Venue, Tanjung Lumpur di sini hari ini.


"Jika berjaya dalam misi memungut mata, baru kita akan lihat ke arah itu...sementara ini saya tidak boleh bercakap hal berkenaan," katanya.


Pengurus Sri Pahang, Datuk Dollah Salleh pula berkata:

"Musim ini persiapan skuad Sri Pahang dilihat lebih menyerlah di bawah ketua jurulatih, Fandi Ahmad dan saya percaya beliau mampu memainkan peranan untuk membawa pasukan lebih jauh," katanya.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama