-->

Selangor Kalahkan Kedah, Mara ke Final Piala Harapan

 Selangor Kalahkan Kedah, Mara ke Final Piala Harapan. Semalam, pasukan selangor dan kedah memulakan aksi piala harapan mereka di stadium batu kawan. Keputusan akhir memihak kepada selangor menerusi sepakan penalti.


Selangor Kalahkan Kedah, Mara ke Final Piala Harapan


Selangor Kalahkan Kedah, Mara ke Final Piala Harapan

Kedah bermain sangat baik apabila mengungguli perlawanan namun penyudah mereka sangat tumpul menyebabkan beberapa peluang keemasan tidak disudahkan dengan baik.

Separuh masa pertama, pasukan kedah banyak menyerang ke kubu kuat Selangor. Namun pertahanan dan juga penjaga gol selangor berjaya menyelamatkan gawang mereka.

Bersambung babak kedua, selangor pula bermain dengan lebih laju dan pantas. Namun percubaan pemain mereka juga gagal menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut.

Brendan gan mempunyai percubaan menarik selepas mendapat hantaran dari tepi namun sepakannya meleret keluar di tepi tiang gol sahaja. 

Dalam sepakan penalti pula, ada beberapa pemain tidak dapat menjaringkan gol. Namun Selangor memenangi perlawanan selepas Al hafiz harun gagal mengambil sepakan penalti terakhir. SFC menang dengan jaringan 6-5.

Perlawanan seterusnya, Selangor akan menentnag pasukan Penang pada 4 hb ini manakala pasukan Kedah akan bertemu dengan pasukan Geylang FC pada hari yang sama tetapi waktu yang lain iaitu pada petang hari.

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama