-->

JDT Mudah Kalahkan Lokomotiv Moscow

 Semalam berlangsungnya satu perlawanan persahabatan diantara pasukan JDT dan juga gergasi Rusia, Lokomotiv moscow. kedua-dua dalam fasa mencari keserasian menjelang kejohanan liga masing-masing yang bakal bermula tidak lama lagi.


JDT Mudah Kalahkan Lokomotiv Moscow


JDT Mudah Kalahkan Lokomotiv Moscow

Anak buah esteban solari tidak takut dan gugup menentang pasukan Lokomotiv moscow walaupun status pasukan hebat menjadi milik pasukan itu.Dalam perlawanan ini pasukan JDT menang 1-0 hasil jaringan pemain muda negara, Arif Aiman.

In merupakan kemenangan ketiga mereka selepas mengharungi 4 perlawanan persahabatan sepanjang berada di sana.  

Dalam perlawanan semalam, JDT menurunkan barisan terbaik dalam kesebelasan utama termasuk gandingan Bergson, Fernando Forestieri dan Arif Aiman di bahagian serangan.

Manakala Afiq Fazail, Juan Muniz serta Hong Wan beraksi di bahagian tengah. Syihan Hazmi sebagai penjaga gol. Manakala barisan pertahanan seperti Jordi Amat, Feroz Baharudin, Matthew Davies dan Oscar Arribas.

Perlawanan separuh masa pertama buntu tanpa jaringan dan beberapa percubaan dari JDT tidak dapat menghasilkan gol. Bergson mengambil sepakan pecuma namun bola sepakannya tersasar.

Sehinggalah pada minit ke 56 separuh masa kedua, JDT berjaya mendapatkan gol mereka menerusi rembatan arif aiman. keputusan akhir, Jdt 1-0 Lokomotiv moscow. Perlawanan seterusnya, JDT akan menentang juara liga rusia, zanit pettersburg.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama