-->

Kami Perlu Jadi Lebih Mantap - BERGSON

Menjelang perlawanan menentang pasukan KL City, penyerang pasukan JDT, Bergson da Silva tidak mengganggap lawan mereka adalah mudah. Tetapi dia berkata perlawanan ini pasti akan menjadi perlawanan yang menarik untuk ditonton. Penjaring terbanyak liga super itu juga dijangka akan membarisi kesebelasan utama pasukan itu nanti.


Bergson-jdt



Kami Perlu Jadi Lebih Mantap - BERGSON

"Bukan hanya memikirkan aksi berdepan KL City FC sahaja. Kami juga harus lebih mantap dan memperbaiki kelemahan untuk berada di tahap terbaik bagi menghadapi kesemua pasukan yang beraksi di saingan liga dan kita tahu saingan pada musim ini begitu panjang.


"Untuk aksi menentang KL City FC, kami akan terus membuat persiapan rapi dan akan turun beraksi dengan tahap keyakinan tinggi malah mahu meneruskan momentum kemenangan walaupun kami tahu akan berdepan tugas rumit berdepan pasukan yang dibarisi pemain terbaik pada musim ini.



"Walaupun aksi pertama agak kurang mantap tapi kami tahu dan bersedia bangkit dengan corak permainan lebih konsisten dan akan beraksi cara intensiti tinggi ketika dalam permainan kerana semua ini penting bagi memastikan tahap prestasi yang lebih mantap," katanya.


"Saya tidak pernah terfikir mengenai perkara itu kerana bagi saya apa yang penting adalah untuk pasukan meraih kemenangan dan memfokus satu demi satu perlawanan yang akan diharungi.


"Musim ini tampak lebih sukar dengan setiap pasukan yang bersaing dalan kancah liga membuat persiapan rapi dan kami juga tidak boleh terlalu yakin sebaliknya bersedia untuk berdepan cabaran sengit daripada pasukan lawan," kata Bergson.

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama