-->

Liridon Bernafsu Jumpa Kedah

Perlawanan yang dinantikan bukan sahaja oleh liridon tetapi juga penyokong terengganu apabila mereka bakal bertemu dengan bekas jurulatih mereka iaitu Nafuzi Zain dan juga beberapa bintang pemain mereka musim lalu. Antaranya Manuel Ott dan juga Lee Tuck. 


Liridon Bernafsu Jumpa Kedah


Dalam satu temu bual, liridon berkata dia bergitu gembira dan tidak sabar untuk melakukan debut bersama dengan pasukan TFC.


Liridon Bernafsu Jumpa Kedah

"Saya begitu gembira dan bagaikan tidak sabar untuk membuat penampilan pertama bersama pasukan baharu, TFC pada musim ini.


"Malah lebih teruja pasukan kami bakal menentang bekas pasukan yang pernah saya wakili sebelum ini, ia sudah pasti menjanjikan perlawanan lebih menarik kerana dapat beraksi di hadapan penyokong tuan rumah yang sangat menakjubkan, ianya juga bagaikan bermain di tempat sendiri.



"Justeru jika diturunkan jurulatih, saya mahu memperagakan corak permainan terbaik bagi membantu pasukan melakar kemenangan pertama walaupun saya akui bukan tugas mudah untuk menumpaskan lawan.


"Buat rakan sepasukan, lupakan kekalahan pertama tempoh hari, sebaliknya perlu berusaha lebih gigih lagi untuk mencapai kejayaan," kata pemain yang tidak dapat beraksi pada aksi sumbangsih merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah menentang JDT Jumaat lalu kerana berstatus pemain pinjaman.


"Kekalahan itu menjadi pengajaran berguna buat kami, kita tahu JDT adalah pasukan yang terbaik, apa-apapun pemain dah berikan yang terbaik, kami kalah tapi kami belajar, kami akan bangkit kembali pada perlawanan menentang Kedah nanti," katanya.

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama