-->

JDT julang Piala Sumbangsih 2023

 Tidak tunggu lama, Pasukan JDT memulakan rentak kemenangan mereka dengan kemenangan mengatasi terengganu bagi aksi piala sumbangsih. Kemenangan ini juga menyaksikan pasukan JDT memulakan liga mereka dengan kemenangan.


JDT julang Piala Sumbangsih 2023




Jdt mulakan permainn dengan garang apabila berjaya menghasilkan gol pertama perlawanan menerusi Muniz iaitu pemain baru mereka. Muniz mendapat hantaran cantik dari Arribas dari sudut kiri padang dan kemudian dia menanduk masuk gol tersebut pada minit ke 5 perlawanan.

Jdt bermain baik dan terus menerus mengasak pertahanan Terengganu namun mereka hanya mendapat gol kedua pada minit ke 57 sahaja. Gol tersebut dijaringkan oleh Bergson.

Penyerang JDT itu mendapat bola dari hasil hantaran Arif Aiman dari sudut kanan padang lalu menampannya menewaskan penjaga gol terengganu Shuhaimi. Keputusan akhir, JDT 2 - 0 Terengganu.

JUARA PIALA SULTAN HAJI AHMAD SHAH 🏆

Johor Darul Ta’zim muncul juara Perlawanan Sumbangsih buat musim keenam berturut-turut dengan menewaskan Terengganu FC 2-0.

Tahniah diucapkan! 👏

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama