-->

Biodata Richard Chin, Pemain Muda Malaysia di EPL

Salah satu prospek bola sepak Malaysia, Richard Chin yang kini merupakan pemain senior skuad  Charlton Athletic di dalam liga EPL.

Richard bermain di posisi pertahanan dan posisi tengah pasukan tersebut. Sebenarnya, Dia bermain dalam liga ketiga dalam Liga Inggeris.


Biodata Richard Chin, Pemain Muda Malaysia di EPL


Biodata Richard Chin.

Pemain yang bernama penuh Richard Li Hua Chin dilahirkan pada 15 Oktober 2002 dan kini sudah menjangkau usia 20 tahun. Dia yang di lahirkan di Malaysia mempunyai ketinggian 1.78 m (5 ft 10 in) dan bernombor jersi 36.

Instagram : 

Info Menarik Richard Chin

Dia merupakan pemain berketurunan Malaysia dan Seychellois yang mana bapanya seorang Cina Malaysia dan ibunya berasal dari Seychelles, kepulauan africa. Chin boleh mewakili Malaysia, Seychelles, dan England di peringkat antarabangsa.

Dia lebih memilih mewakili Malaysia berbanding dua negara lain itu.

Chin juga pernah mewakili Sekolah Tatabahasa BETHS menyertai Piala Sekolah Inggeris bersama dengan wonderkid Manchester City, Samuel Edozie serta Lewis Bate yang kini bermain dengan Chelsea.

Selain itu, pemain charlton Euan Williams juga menyertai mereka dalam kejohanan tersebut pada 2014 dan 2021.

Chin juga telah menyertai Charlton Athletic sejak berusia 6 tahun dan menandatangani kontrak profesionalnya dengan kelab itu pada Julai 2021.

Dia juga membuat penampilan pertama dalam Piala EFL pada 10 November 2021 yang menyaksikan pasukannya kalah kepada Leyton Orient.

Penampilan kedua richard adalah ketika pasukannya seri dengan Forest green rovers yang menyaksikan dia bermain 72 minit pertama dan menjadi pemain Malaysia pertama bermain dalam liga divisyen ketiga england.

Kita harap Chin dapat bermain bersama dengan harimau malaya tidak lama lagi dan pasti kelibatnya dinantikan dalam pasukan bimbingan Kim Pan Gon nanti.

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama