TMJ Tawar KJ Jawatan di JDT
Selepas di pecat UMNO, KJ terus diberi tawaran oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk mengisi jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas ini.
Tawaran itu dibuat oleh pemilik JDT itu di laman Story Instagram miliknya hari ini.
TMJ menulis di dalam caption tersebut dengan ucapan
"CEO masa depan JDT dan penasihat pembangunan Johor," tulisnya.
Perhatian yang diberikan TMJ kepada KJ sudah pasti dibekalkan dengan rekod baik KJ ketika membawa jawatan Menteri belia dan Sukan pada 2013-2018 yang lalu.
KJ juga pernah menjadi Timbalan Presiden FFAM pada tahun 2007 dahulu dan pengalaman luasnya dalam bidang bola sepak pasti sangat penting dan boleh membantu JDT ke tahap yang lebih baik.
KJ juga merupakan pelopor pertama Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) bagi melahirkan pemain muda berbakat yang boleh dipasarkan ke luar negara.
Adakah KJ akan menyertai JDT selepas ini atau masih menyertai politik?
Post a Comment