-->

Selangor vs Ratchaburi Tidak Lama Lagi

Selangor vs Ratchaburi Tidak Lama Lagi. Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon yang mengatakan Selangor FC akan berlepas ke bangkok bagi dua aksi persahabatan dengan kelab luar negara. Selangor juga memilih Thailand sebagai hub persediaan mereka bersama dengan beberapa pasukan lain seperti Sri Pahang dan lain-lain. 


Selangor vs Ratchaburi Tidak Lama Lagi


Selangor vs Ratchaburi Tidak Lama Lagi

Dr Johan berkata; 

"Merah Kuning akan menentang dua pasukan kelab yang beraksi di Thailand iaitu Ratchaburi FC dan PT Prachuap selepas kejohanan di Piala Harapan 2023.

"Kami akan berada di Thailand mulai 5 Februari dan dijangka berakhir pada 10 Februari," katanya ditemui pada majlis memperkenalkan jersi Selangor FC, di sini, hari ini.

Anak buah Tan CHeng hoe akan berdepan dengan pasukan Kedah pada hari khamis ini untuk pertandingan Piala Harapan 2023. Kemudian mereka akan berlepas ke bangkok bagi aksi persahabatan di sana pula. 

Jadual Pre Season Selangor FC

2 Februari 2023 (Piala Harapan) 9 Malam, Stadium Batu Kawan.

- Selangor vs Kedah

4 Februari 2023

Piala Harapan ( Final dan penentuan tempat ketiga dan keempat kejohanan)

5 Februari 2023 - 10 Februari 2023

- Berangkat ke Bangkok.

Selebihnya akan dikemaskini kemudian ya. Persediaan yang rapi kali ini untuk pasukan Selangor bagi memberi cabaran kepada pasukan-pasukan dalam liga super 2023 nanti.

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama