-->

Nooa Laine Pemain Kacukan Malaysia-Finland Sertai Skuad Bawah 23

Nooa Laine Pemain Kacukan Malaysia-Finland Sertai Skuad Bawah 23. Sejak pengumuman senarai pemain bawah 23 tahun negara untuk kem skuad kebangsaan baru-baru ini, nama Nooa Laine menjadi tumpuan. Dia pertama kali mendapat panggilan skuad bawah 23 tahun negara.


Nooa Laine Pemain Kacukan Malaysia-Finland Sertai Skuad Bawah 23


Nooa Laine Pemain Kacukan Malaysia-Finland

Laine yang baru berusia 19 tahun kini bermain di kelaba divisyen 1 finland iaitu SJK Seinajoki. Namun begitu dia juga pernah menyertai skuad bawah 17 tahun negara pada tahun 2018 dimana dia telah menjaringkan 1 gol dalam 4 perlawanan.

Tapi kita tak dapat menyaksikan kelibat Laine di Sukan SEA kerana pendaftaran pemain telah ditutup. sebaliknya dia berkemungkinan akan bermain untuk kelayakan Asia bawah 23 tahun di uzbekistan nanti.

"Terus terang agak lewatnya untuknya (Nooa Laine) sertai pasukan ke Sukan Sea kerana pendaftaran pemain sudah ditutup, tapi kita sedia melihatnya untuk kejohanan lain.

"Jika semua dokumentasi selesai cepat dan mungkin akan sempat untuk sertai kita ke Piala Asia nanti.

"Tapi kita tak tahu lagi, namun saya gembira melihatnya di sini dan kita akan usaha dan menilai sebaik mungkin dalam latihan dan aksi persahabatan bagi melihat sendiri kualiti dan kelebihan yang boleh ditawarkannya kepada pasukan," katanya.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama