-->

Amri Yahyah Masih Berbisa Tetapi ...

Amri Yahyah Masih Berbisa Tetapi ... Baru-baru ini  bekas penyerang skuad kebangsaan Amri Yahyah berjaya menjaringkan Hatriknya di usia 41 tahun. Rata-rata peminat memuji kehebatan pemain itu dikala negara ketandusan penyerang berbisa sekarang ini. Namun lain pula komen dari Azraai Khor Abdullah iaitu bekas jurulatih Kedah mengatakan Amri sudah tua dan di penghujung kariernya.


Amri Yahyah Masih Berbisa Tetapi ...


Amri Yahyah Masih Berbisa Tetapi ...


Azraai berkata, skuad Harimau Malaya di bawah pimpinan Kim Pan-gon ketika ini mengamalkan corak atau taktikal berintensiti tinggi, sekali gus mungkin tidak bersesuaian dengan Amri yang sudah berusia.

"Saya akui persembahan dipamerkan Amri ketika menentang KDA FC cukup bagus dan mempunyai kualiti sebagai pemain profesional.


"Namun, sekarang ini dia sudah berada di penghujung karier dan lebih baik tempatnya di Harimau Malaya diberikan kepada pemain lebih muda.


"Amri hanya boleh beraksi untuk Liga M saja dan untuk peringkat antarabangsa bagi saya mungkin dia tidak boleh tahan," katanya, ketika dihubungi Arena Metro.


Terdahulu, perlawanan di Stadium Likas malam tadi menyaksikan Amri membuktikan sentuhan berbisa apabila meledak hatrik di minit ke-51, m-61 dan m-71 manakala satu lagi gol dijaringkan Park Tae-su menerusi sepakan percuma untuk memastikan tuan rumah memperoleh tiga mata penting.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama