-->

Yusri Che Lah Tak Sanggup Tinggalkan Perak.

Yusri Che Lah Tak Sanggup Tinggalkan Perak. Walaupun masih terkilan dengan pihak pengurusan perak mengenai isu yang sedang berlaku dalam pengurusan pasukan itu, Yusri Che lah tidak sanggup untuk angkat kaki dari pasukan Perak.


Yusri Che Lah Tak Sanggup Tinggalkan Perak.


Yusri Che Lah Tak Sanggup Tinggalkan Perak.

Bercakapa kepada Harian Metro, "Sejujurnya saya agak terkilan dengan apa yang berlaku dalam pasukan, mana-mana jurulatih pun sudah pasti akan merasai keadaan sama kerana hanya mempunyai pemain yang terhad musim ini dan ditambah kurang pengalaman.

"Sepanjang karier saya sebagai jurulatih, situasi ini paling mencabar kerana pertama kali mempunyai pemain yang begitu terhad selain pemain berkenaan pada awalnya tidak berada dalam perancangan saya musim ini.


"Sayapun tidak pasti sampai bila akan berdepan dengan situasi sebegini, jika ikut peraturan mungkin sehingga jendela kedua perpindahan pemain dibuka, namun ia juga bergantung kepada bayaran denda yang dikenakan kepada pihak pengurusan.


"Tapi saya tidak sesekali menyesal membimbing pasukan ini walaupun tertekan, mungkin saya akan terus bertahan ataupun sebaliknya, saya pun tidak pasti kerana perlu melihat perkembangan seterusnya," katanya.

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama