-->

Jurulatih Singapura Takut Dengan Malaysia.

Jurulatih Singapura Takut Dengan Malaysia. Ternyata aksi pertama dibawah jurulatih Kim Pan Gon baru-baru ini menyebabkan pengendali SIngapura terpaksa berhati-hati. Katanya kerana corak permainan Malaysia sudah berubah. Singapura bakal bertemu dengan Malaysia pada hari Sabtu,26 Mac 2022 ini.  


Jurulatih Singapura Takut Dengan Malaysia.


Jurulatih Singapura Takut Dengan Malaysia.


"Dalam aksi dengan Filipina, kita sedar yang kebanyakan pemain (skuad Harimau Malaya) beraksi baik untuk meyakinkan jurulatih baharu mereka.



"Malah, pemain seperti Safiq Rahim yang dah lama tak dipanggil untuk aksi pasukan kebangsaan serta (Mohamadou) Sumareh juga ada dan sudah tentu apabila pemain diberi peluang, mereka tentunya akan beri yang sebaik mungkin.



"Macam saya kata, mereka cukup pantas di mana jentera serangan memang laju dan kita kena beri perhatian perkara itu, dan seperti saya katakan kita perlu susun perancangan terbaik untuk aksi itu dan kita akan lihat apa yang akan berlaku malam esok (ini)," katanya pada sidang media praperlawanan secara online, hari ini.


Selain itu, beliau turut menyeru agar penyokong Singapura dapat membanjiri stadium bagi menaikkan motivasi pemainnya.


"Saya yakin penyokong juga teruja menantikan perlawanan itu dan dengan kehadiran mereka ia dapat beri semangat buat pemain dalam perlawanan itu," katanya.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama