JDT Seri Dengan MSK Zilina (Pra Musim)

JDT Seri Dengan MSK Zilina (Pra Musim). Semalam telah berlangsung satu perlawanan persahabatan diantara pasukan JDT dan MSK Zilina. Gergasi Bola Sepak Malaysia, JDT berjaya mengikat pasukan MSK Zilina dengan jaringan 2 sama. Perlawanan berlangsung di Stadium Al-Hamriyah, sebentar tadi. Walaupun berjaya mendahului sebanyak dua kali, kelekaan benteng pertahanan dilihat antara kelemahan yang harus diperbaiki segera oleh Benjamin Mora.


JDT Seri Dengan MSK Zilina (Pra Musim)



Pemenang kasut emas Liga Malaysia musim lalu, Bergson Da Silva tidak menunggu lama untuk menggegar jaring apabila meledak gol pertama hasil rembatan dalam kotak penalti seawal minit pertama permainan.


Anak buah Mora yang dalam misi untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut musim ini dilihat lebih banyak bertahan selepas gol pendahuluan itu dengan sesekali melancarkan serangan.


Bersambung babak kedua, Mora menukar kesemua 11 pemain untuk diberi peluang sekali gus cuba memikat perhatiannya untuk berada dalam kesebelasan utama menjelang sepak mula Liga Malaysia hujung bulan depan.


Begitupun daripada satu gerakan balas di sebelah kanan JDT, Timotej Jambor berjaya menyamakan kedudukan selepas bijak menyambut hantaran silang rakan sepasukan di minit ke-61.


Selang dua minit, JDT kembali memimpin aksi apabila tonggak import baharu dari Mali, Moussa Sidibe menjaringkan gol pertamanya bersama skuad Harimau Selatan yang menyaksikan percubaannya membias sebelum masuk menewaskan penjaga gol lawan.


Ketika aksi menuju minit akhir, kelekaan benteng pertahanan menyaksikan hasrat untuk meraih kemenangan lebur apabila lawan berjaya menyamakan kedudukan buat kali kedua.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama