-->

Tahniah JDT! Juara Liga Super 2021


Tahniah JDT! Juara Liga Super 2021. Semalam , secara rasminya pasukan Johor Darul Ta'zim diumumkan menjadi Juara Liga Super 2021. Sebenarnya pasukan JDT sudah pun menang ketika saingan masih mempunyai dua perlawanan. Cuma malam semalam merupakan perlawanan terakhir liga dan pemberian Piala Liga Super kepada JDT. Ini juga merupakan kejuaraan JDT ke 8 dalam liga super secara berturut-turut.


Tahniah JDT! Juara Liga Super 2021


Tahniah JDT! Juara Liga Super 2021

Dalam perlawanan semalam juga, pasukan JDT berjaya mengalahkan pasukan KL City dengan jaringan 2-1. Gol-gol dijaringkan oleh Nazmi Faiz dan Jaringan sendiri dari Nik Shahrul. Manakala pasukan KL City pula menjaringkan gol menerusi pemain Izreen Izwandy.

Untuk rekod liga, pasukan JDT memungut 57 mata dengan 18 kemenangan, 3 Seri dan 1 kekalahan sepanjang 22 perlawanan liga musim ini.

Satu rekod yang agak baik bagi pasukan seperti JDT ini dalam Liga.

Pasukan Kedah berada di kedudukan kedua liga dengan 43 mata dan diikuti pasukan Penang FC di tempat ketiga dengan 41 mata.

Pasukan JDT akan bermain di AFC Champion League musim depan. Manakala pasukan Kedah pula akan bermain di AFC Cup musim hadapan.

Tahniah pasukan JDT selepas memenangi perlawnaan ini dan menjuarai kejuaraan Liga super buat kali ke 8 berturut-turut.

Tahniah.

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama