-->

Senarai Striker Termahal EPL 2021/2022

Senarai Striker Termahal EPL 2021/2022. Liga perdana Inggeris bermula mulai 14 Ogos 2021. Sudah pasti saingan tertumpu kepada pasukan-pasukan yang bertanding musim ini. Namun begitu, kali ini kami di brother bola nak kongsikan mengenai striker paling mahal dalam EPL 2021/2022. Siapakah gerangannya? jom baca di bawah. Membeli pemain berkualiti di bahagian serangan adalah satu keperluan yang sangat penting untuk setiap pasukan. Apabila sudah membeli, prestasi pemain pula di jadikan kayu ukur sama ada setanding dengan nilainya. berikut kami kongsikan Senarai Striker Termahal EPL 2021/2022 untuk bacaan anda.  

Senarai Striker Termahal EPL 2021/2022


Senarai Striker Termahal EPL 2021/2022

5. Anthony Martial ( 50 juta euro)

Pada tahun 2015, Manchester United membawa Anthony Martial dari AS Monaco dan mereka telah membelinya dengan 50 Juta Euro. Martial telah berada di Old Trafford selama enam musim. Namun, penampilannya bersama The Red Devils sering dikritik kerana tidak konsisten.

Setakat ini Martial telah menjaringkan 78 gol dan 50 assist dalam 258 penampilan untuk The Red Devils. Kontraknya di kelab tamat pada 2024.


4. Timo Werner (53 juta euro)

Timo Werner bermain baik dengan pasukan RB Leipzig. Persembahan Werner di sana telah menarik minat chelsea untuk membeli pemain itu. Werner akhirnya datang ke Chelsea pada musim perpindahan musim panas tahun lalu. Pemindahannya ke Stamford Bridge menelan belanja 53 juta euro.

Pemain Jerman itu masih belum menunjukkan prestasi terbaiknya bersama Chelsea. Walau bagaimanapun, Werner telah menjaringkan 12 gol dan 15 assist untuk the Blues.


3. Alexandre Lacazette (53 juta euro)

Alexandre Lacazette berpindah ke Arsenal dari Olympique Lyon. Pemain Perancis itu mampu menjaringkan gol secara konsisten untuk kelab Ligue 1. Arsenal juga melamarnya dengan mahar 53 juta euro. Lacazette akhirnya muncul di Liga Perdana pada pertengahan 2017.

Malangnya, pemain Perancis itu tidak begitu tajam seperti yang dibayangkan setelah datang ke England. Walaupun begitu, dia telah menjaringkan 65 gol dalam 170 penampilan untuk Arsenal.


2. Pierre-Emerick Aubameyang ( 63.7 juta euro)

Pierre-Emerick Aubameyang adalah pemain penyerang prolific Borussia Dortmund.  Itulah yang membuat Arsenal merekrut Aubameyang pada awal tahun 2018. Pemain Gabon itu ditandatangani dari Dortmund dengan harga 63.7 juta euro.

Aubameyang kini berkhidmat sebagai kapten Arsenal. Dia telah menjaringkan 85 gol dalam semua pertandingan untuk The Gunners.


1. Romelu Lukaku ( 114 Juta Euro)

Romelu Lukaku akhirnya kembali ke Chelsea musim panas ini. Dia dibeli dari Inter Milan dengan bayaran yang mencecah 115 juta euro.

Ini adalah kali kedua Lukaku di Chelsea. Sebelum ini, pemain berusia 28 tahun ini telah berseragam dengan the Blues pada 2011-2014.

Pada masa itu, Lukaku hanya muncul 15 kali untuk the Blues. Dia kemudian dibebaskan ke Everton pada tahun 2013.

Sumber: Transfermarkt


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama