Sumareh SAH Sertai JDT, " Saya Pilih Kelab Terbaik" - Sumareh. Pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh sah menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tamat aksinya bersama dengan pasukan dari Liga Thailand.
Sumareh SAH Sertai JDT, " Saya Pilih Kelab Terbaik" - Sumareh.
Kehadiran Sumareh adalah bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2021. Perkara ini diumumkan oleh JDT menerusi satu video di laman media sosial rasmi pasukan dimana Sumareh bakal menyarung jersi bernombor 13.
Sebelum ini, beberapa pasukan Liga Malaysia dikaitkan dengan Sumareh antaranya adalah Kedah dan Selangor. Namun Sumareh lebih memilih untuk ke selatan tanah air bagi menguatkan pasukan tersebut. Untuk pasukan JDT pula, mereka kini mempunyai dua pemain sayap utama kebangsaan iaitu Sumareh dan Safawi.
TMJ membayangkan skuad depth JDT sangat penting apabila mereka akan menyertai Asia Champion League, Liga Malaysia dan Piala Fa.
Selain safawi, Sumareh pasti akan menerima saingan dari bintang muda yang sedang meningkat baik iaitu Ramadhan Saifullah dan Akhyar Rashid.
Catat Ulasan
Jom komen ! :)