-->

Manchester United Bantai Leeds United, 6-2!

Manchester United Bantai Leeds United, 6-2! Dalam perlawanan awal pagi tadi, Manchester united menerima kunjungan musuh tradisi mereka Leeds United di Old Trafford. Mereka berjaya memenangi perlawanan dengan jaringan 6-2 dalam perlawanan tersebut. 


Manchester United Bantai Leeds United, 6-2!


Jaringan awal di jaringkan mulai minit ke 2 lagi apabila Scott McTominay berjaya menjaringkan gol selepas mendapat umpanan dari Bruno Fernandes. Selang 1 minit, Mctominay sekali lagi menjaringkan gol untuk gol kedua Manchester United. 2-0!

Kemudian, Bruno Fernandes dan Lindelof juga turut sama dalam senarai penjaring gol ketika separuh masa pertama. Kemudian Leeds cuba merapakan jaringan dengan 1 gol hasil tandukan Liam Cooper hasil dari sepakan sudut. 4-1.

Mancshester united terus menyerang dan dalam separuh masa kedua mereka berjaya mendapatkan dua gol lagi iaitu dari pemain Daniel James dan Bruno Fernandes. Gol saguh hati terakhir untuk leeds di jaringkan oleh Stuart Dallas pada minit ke 73. Keputusan akhir Manchester United 6-2 Leeds United.

Hasil kemenangan ini juga melonjakkan United ke tangga ketiga liga dan masih mempunyai satu perlawanan  baki. Kini United berbeza 5 mata dengan Liverpool di tempat pertama.

"Sudah fantastik sejak minit pertama. kami punya rancangan untuk mengalahkan mereka, menyerang dan juga membawa bola terus kehadapan dan Scott McTominay mencetak dua gol dari tiga minit pertama," ujarnya kepada Sky Sports.

"Kami menemukan cara untuk mengalahkan mereka, bayangkan kalau ada 75 ribu orang [di stadium], ini akan masuk ke dalam sejarah sebaai salah satu persembahan hebat melawan Leeds," lanjutnya.

"Kami harus mendapatkan hak untuk berlari sebanyak mereka, itu tantangan. Pertandingan boleh saja berakhir dengan skor 12-4! Saya menikmatinya."



Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama