-->

Keputusan EPL: Liverpool dan Manchester City Menang, Arsenal Kalah Lagi.

Keputusan EPL: Liverpool dan Manchester City Menang, Arsenal Kalah Lagi. Semalam dan awal pagi tadi, kita dapat saksikan 4 perlawanan berlangsung. 3 daripadanya melibatkan pasukan besar EPL, namun keputusan yang diperoleh adalah sangat jauh berbeza. Liverpool menang besar keatas pasukan kerdil, Crystal Palace dengan jaringan 7-0. Manakala Manchester City menang tipis dengan Southampton. Manakala, Arsenal kalah tipis dengan Everton.  


Keputusan EPL: Liverpool dan Manchester City Menang, Arsenal Kalah Lagi.

Dalam perlawanan Liverpool semalam, 7 gol dijaringkan oleh Roberto Firmino (2 gol), Mohamed Salah (2 gol), Jordan Henderson, Takumi Minamino, dan Sadio Mane. 

Hasil dari kemenangan ini, Liverpool berada di puncak liga dengan 31 mata dihadapan Everton di tempat kedua. 

Everton pula mudak menewaskan Arsenal dan gol pertama di jaringkan pada minit ke 22 hasil gol sendiri oleh Rob Holding. Dia tersilap tanpan bola yang akhirnya menyebabkan gol kepada pihak lawan. Selang beberapa minit Arsenal berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 35 menerusi sepakan penalti. Nicolas Pepe  berjaya menjaringkan penalti tersebut.

Walaupun sudah menghampiri ke waktu rehat separuh masa pertama, Everton terus menyerang Arsenal dan mereka berjaya menjaringkan gol menerusi Yerry Mina selepas mendapat bola umpanan tendangan sudut dari Sigurdsson. Keputusan berakhir 2-1 sehingga tamat perlawanan.

Sementara itu, Manchester City berhempas pulas untuk mengalahkan Southampton dengan skor 1-0. Gol dijaringkan oleh Raheem Sterling pada minit ke 23. 

Satu lagi perlawanan melibatkan pasukan Newcastle United menentang Fulham yang berakhir dengan keputusan seri 1-1. Gol dijaringkan oleh Collum Wilson dan gol sendiri dari Matt
Ritchie.

Perlawanan EPL akan bersambung semula hari ini dengan baki perlawanan yang tinggal.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama