-->

Biodata Tomas Trucha Jurulatih Kelantan United

Biodata Tomas Trucha Jurulatih Kelantan United. Jurulatih yang mempunyai taktikal menarik dan juga sangat laju permainan bola sepaknya ini telah rasmi menjadi jurulatih Kijang Hijau. Trucha yang pernah melatih pasukan Penang FC sebelum ini telah membawa pasukan itu di kedudukan terbaik liga super. Tomas Trucha mempunyai rekod yang baik di Malaysia dan sudah pasti pengalamannya akan ditagih oleh pasukan kelantan united yang beraksi di pentas teringgi liga super tahun ini. Berikut merupakan Biodata Tomas Trucha untuk peminat bola sepak KU.


Biodata Tomas Trucha Jurulatih Kelantan United


Untuk pengetahuan anda, Tomas Trucha ini baru saja diumumkan sebagai jurulatih kelab AFC Leopards pada bulan November 2020 yang lalu. Namun beliau membuat keputusan untuk menyertai Penang FC selepas mendapat tawaran dari pengurusan Penang fc. 

Biodata Jurulatih Tomas Trucha Jurulatih Kelantan United

Nama : Tomas Trucha

Tarikh Lahir : 17 Oktober 1971.

Umur : 49 Tahun.

Asal : Czech Republic.

Kelab Sebelum ini :

AFC Leopards (Nov 2020- Dis 2020)( Liga Kenya)
Township Rollers (July 2019 - Nov 2020)(Liga Botsuana)
Orapa United FC (Dec 2018 - Mac 2019) ( Liga Botsuana)
Zbrojovka Brno (Oct 2017-Apr 2018) ( Liga Czech Republic).


Biodata Tomas Trucha Jurulatih Penang FC 2021

Ramai peminat penang FC mengharapkan jurulatih ini tidak menjadi seperti jurulatih tangkap muat yang pernah dilakukan oleh FA penang sebelum ini. Antara nama yang disebut oleh peminat adalah Ashley Westwood dan beberapa nama jurulatih yang tidak menepati kriteria penyokong.

Menurut Penang FC, Manzoor Azwira akan bertindak sebagai penolong jurulatih kepada Tomas untuk saingan liga super 2021 nanti. Semoga berjaya buat pasukan Penang FC.

Di Kelantan United pula, Tomas Trucha sudah mula menunjukkan belangnya apabila pasukannya berjaya mengikat KL City dalam perlawanan persahabatan sebelum ini. Sudah pasti peminat dari kelantan juga mahu pasukan kedua negeri berkenaan memberi saingan dalam pusingan liga super tidak lama lagi.




Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama