-->

Liga Super Malaysia bermula 26 Ogos 2020.

Liga Super Malaysia bermula 26 Ogos 2020. Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Ab Ghani Hassan berkata, badan pentadbir liga tempatan itu percaya tarikh baharu saingan Liga Malaysia adalah yang terbaik buat kesemua pasukan selepas sesi latihan Fasa 2 telah dibenarkan oleh pihak kerajaan bermula 15 Julai lalu.

"Untuk memulakan kembali Liga Malaysia 2020 yang tertangguh sejak 16 Mac lalu beberapa perkara perlu dipatuhi oleh semua pasukan di mana setiap stadium atau venue perlawanan hendaklah berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan disahkan oleh MFL serta wajib menjalani proses nyahkuman dan disinfeksi.


"Komisioner Perlawanan lantikan MFL akan membuat pemeriksaan stadium atau venue perlawanan sebelum liga dimulakan dan Operasi Standard Prosesur (SOP) pengelolaan perlawanan akan diedarkan oleh MFL kepada semua pasukan kelak.


Liga Super Malaysia bermula 26 Ogos 2020.



"Bagi memastikan kelancaran Liga Malaysia 2020, pihak MFL juga semalam sudah mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Pengadil FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) bagi membincangkan persiapan dan SOP pertandingan. Apa yang pasti, kita memang sudah bersedia untuk menyambung semula saingan Liga Malaysia musim ini," katanya dalam satu kenyataan rasmi, hari ini.

Liga Super Malaysia bermula 26 Ogos 2020.


MFL kekal dengan format pertandingan Liga Super, Liga Perdana di mana saingan secara separuh liga sahaja. Menerusi format itu, liga akan bersambung dari perlawanan kelima hingga perlawanan ke-11 dengan semua perlawanan mengikut jadual asal seperti yang telah ditetapkan.

Begitu juga dengan pertandingan Piala Malaysia yang akan berlangsung pada 17-18 Oktober 2020 dan akan berakhir pada 7 November manakala Piala FA dan Piala Cabaran dibatalkan.

Format pertandingan TM Piala Malaysia akan dirombak di mana tiada saingan peringkat kumpulan dengan saingan 16 pasukan akan berlangsung secara kalah mati satu pusingan termasuk suku akhir dan separuh akhir.

Liga Super Malaysia bermula 26 Ogos 2020.


Sebanyak 11 pasukan terbaik Liga Super dan lima pasukan terbaik Liga Perdana (kecuali pasukan Reserve Team) yang layak beraksi dalam saingan TM Piala Malaysia akan diundi untuk menentukan perlawanan awal dan juga pasukan tuan rumah.

Bagaimanapun, Ab Ghani memaklumkan bahawa perlawanan tertunda iaitu aksi Liga Super yang menemukan PJ City FC menentang Terengganu FC serta perlawanan Liga Perdana UKM FC bertemu Kelantan akan dimainkan pada 22 Ogos 2020.


Sumber : Harian Metro


Tak sabar pula nak tengok pasukan-pasukan kegemaran kita kembali beraksi seperti biasa. Pasukan mana pula yang akan memenangi liga pada musim ini?

Sama-sama kita nantikan.





Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama