-->

2 Pemain Yang Menghalang Perpindahan Daniele De Rossi Ke Manchester United

2 Pemain Yang Menghalang Perpindahan Daniele De Rossi Ke Manchester United. Lagenda AS Roma, De Rossi yang baru saja memutuskan untuk bersara dalam dunia bola sepak profesionalnya mengakhiri kariernya yang panjang dengan gergasi Argentina Boca Juniors awal tahun ini.

Bersama AS Roma dia berjaya mencatat 600 penampilan dalam semua pertandingan. Atas sebab ini, De Rossi telah dinobatkan sebagai salah seorang lagenda kelab.

Daniele De Rossi mengatakan bahawa alasan mengapa dia menolak tawaran dari Manchester United beberapa tahun yang lalu.

Daniele De Rossi Manchester United



Minat Manchester United sangat sukar untuk ditolak. Lagipun,menurutnya dia telah meminati  gergasi England ini sejak kecil.

Namun ia mengakui bahawa dia terpaksa menolak cadangan itu kerana ketika itu Manchester United telah mempunyai pemain tengah berkaliber seperti Roy Keane dan Paul Scholes dalam skuad yang digelar sebagai Red Devils.

Daniele De Rossi Ke Manchester United


"Sejak kecil saya mencintai United," katanya kepada Sky Sports ketika ditanya mengenai pasukan dari England yang ingin dia sertai dalam kariernya.

"Ini adalah pilihan yang tepat bagi saya untuk tidak berpindah ke Manchester kerana ketika itu mereka mempunyai pemain seperti Keane dan Scholes dan mereka juga merupakan pemain yang luar biasa.



p/s : Tak pa rossi, anda memang lagenda bola sepak dunia. takda rezeki nak tengok dia main untuk Manchester United.


Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama