Manchester United Tempang Bertemu Liverpool

Manchester United Tempang Bertemu Liverpool. Hujung minggu ini kita akan menyaksikan satu perlawanan yang hangat melibatkan musuh tradisi diantara Manchester United dan Liverpool. Kedua-dua pasukan menjadi seteru utama dalam liga sejak dahulu lagi.

Perlawanan kedua-dua pasukan ini sentiasa menjadi tumpuan para peminat seluruh dunia.

Manchester United Tempang Bertemu Liverpool


Musim ini pasukan Liverpool berada di puncak liga dengan perbezaan 8 mata berbanding pasukan di tangga kedua. Manakala pasukan Manchester united semakin tenggelam dalam liga apabila mereka gagal mempamerkan konsistensi dalam perlawanan liga musim ini.

Ditambah pula, Manchester United bakal turun menentang Liverpool tanpa khidmat David De Gea yang dilaporkan cedera ketika perlawanan antarabangsa. Selain itu, Mereka juga kehilangan khidmat Paul Pogba yang masih cedera.

Dengan kecderaan demi kecederaan yang menimpa pasukan Manchester United ini, mampukah mereka kembali bersaing dalam liga musim ini? Sama-sama kita saksikan.


Post a Comment

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama