-->

100 GOL RONALDO DI EROPAH ! TAHNIAH RONALDO , HATERS MAKIN SAKIT HATI !

100 GOL RONALDO DI PENTAS EROPAH | Awal pagi semalam, tercipta lagi satu sejarah dalam bola sepak eropah apabila satu-satunya pemain yang berjaya menjaringkan 100 gol di pentas Champion League telah muncul. Pemain serba boleh itu sudah pasti Critstiano Ronaldo ! Ronaldo yang menjaringkan dua gol ketika bertemu dengan Bayern Munich tempoh hari ternyata sangat beruntung kerana menjadi pemain pertama menjaringkan 100 gol dalam kejohanan Champion League.


100 GOL RONALDO DI PENTAS EROPAH

100 GOL RONALDO !


Ronaldo yang memulakan kariernya di Sporting Lisbon dan di pilih oleh Sir Alex Ferguson untuk di asuh di Manchester United sebelum menyertai Real Madrid semakin menjadi-jadi aksinya. Walaupun sering di kritik kerana jarang menjaringkan gol untuk beberapa perlawanan namun, ronaldo tetap memberikan yang terbaik kepada pasukannya .

Ronaldo sering menjadi mangsa ejekan di Santiago Bernabue tidak mengambil itu sebagai perkara serius malah dia terus berusaha untuk menjaringkan gol .

Adakala pemain yang menjaringkan gol akan buntu apabila berhadapan dengan sesetengah pasukan. sama ada emosi dalaman yang menghalang ataupun luaran. biasalah lumrah manusia. Peminat pula menganggap yang pemain bola sepak ini bermain atau bekerja bergaji. sehingga ada yang menganggap mereka ini tidak layak buat salah sebab mereka makan gaji.

kadang-kadang aku pun terfikir , kau pergi kerja makan gaji tapi layan facebook time kerja , adakala ponteng kerja bagai tak apa pula ? amboii .

Ronaldo sememangnya seorang arkitek dalam bola sepak eropah. skill menarik gaya bawa bola dan ketajamannya di depan gol sentiasa menjadi ketakutan buat pihak musuh.

Tahniah ronaldo untuk gol yang ke 100 di pentas champion league. sebagai peminat manchester united anda tetap legend di Manchester united walaupun anda di booo di Madrid ! tahniah ronaldo ! keep it up !

16 jaringan bersama Manchester united dan 84 jaringan gol bersama real madrid . hebat ronaldo . apa alasan anda untuk membenci beliau  ?

Sekian .

Jom komen ! :)

Terbaru Lebih lama