Kem badminton Malaysia hari ini mendapat berita yang gembira !! yeaay !! pengumuman dibuat oleh BAM sebentar tadi mengenai pelantikan Iskandar Zulkarnain sebagai jurulatih perseorangan wanita negara bermula 1 Oktober 2025 nanti.. Ia jelas satu perkara yang menggembirakan apabila bekas pemain negara berbakti kepada tanah air selepas menempah nama di pentas eropah dan dunia.. Iskandar yang juga merupakan pemain perseorangan lelaki negara di lihat sebagai calon terbaik untuk mengisi.. jawatan panas itu..
.. Iskandar menjadi fenomena selepas berjaya menjadi jurulatih yang baik kepada pemain Ireland ketika ini dan berjaya merubah persepsi peminat badminton untuk melihat pemain-pemain ireland beraksi.. Malah dia juga berjaya melatih pemain ireland dan menewaskan Malaysia di terbuka Malaysia baru-baru ini.. Satu perkembangan yang positif bagi menambah senarai jurulatih yang berpengalaman dalam kem neagara..
Kehadiran Iskandar juga diharap dapat memperbaiki lompong yang ada dalam kem perseorangan lelaki ditambah dengan pengalaman dia di bawah badan induk itu sebelum ini diharap dapat membantu BAM menyelesaikan masalah-masalah berkaitan dengan kem perseorangan lelaki dan wanita.. dalam sesetengah laporan media mengatakan Iskandar akan ditugaskan untuk memimpin kem perseorangan wanita..
Walaubagaimanapun, sudah pasti kem perseorangan lelaki dan wanita mendapat suntikan semangat dengan kehadiran iskandar yang pasti dapat membantu junior yang kini menjadi anak buah didikannya.. Kita harap dengan pertambahan jurulatih ini dapat membantu BAM untuk menyediakan skuad yang terkuat menjelang olimpik LA 2028 tidak lama lagi.. lebih kurang 3 tahun sahaja lagi untuk kejohanan besar itu berlangsung dan pelantikan awal sebegini bakal menjadikan kita mempunyai tempoh masa yang lama menjelang kejohanan itu..
.. Selepas menyertai kem negara tidak lama lagi, sudah pasti KPI untuk iskandar akan dilihat dari satu kejohanan demi kejohanan.. bukan mudah untuk melatih kem negara tetapi tidak perlu diletakkan tekanan terlalu kuat kerana bimbang akan menjejaskan persiapan kem negara dan pasti langkah demi langkah perlu diatur demi kelangsungan persiapan kem badminton negara.. semoga ia bakal menjadi satu langkah penting untuk negara..
Sekadar perkongsian mengenai prestasi kem perseorangan negara, kem negara gagal berada di top 10 dunia yang menyaksikan Jun Hao kini menjadi pemain no 1 negara selepas lee zii jia mengalami kecederaan.. Jelas ia satu kekurangan yang besar untuk negara memandangkan kita merupakan kuasa besar permainan badminton dunia.. tetapi tidak mempunyai pemain di barisan ranking atas dunia..
Begitu juga dengan kem perseorangan wanita negara.. masih belum lihat pemain yang boleh bermain di peringkat yang lebih tinggi.. kini kita masih mengharapkan Goh Jin Wei, Kisona, Letshanaa dan terbaru ada pemain yang mempunyai rekod baik minggu lepas iaitu wong ling ching.. Barisan ini masih belum dapat menandingi pemain-pemain hebat dunia.. tetapi mereka mampu mencipta kejutan di kejohanan bertaraf s300 tetapi kita mengharap mereka mencipta kejutan di kejohanan lebih besar selepas ini.
Iskandar Zulkarnain Zainuddin Dilantik Sebagai Jurulatih Perseorangan BAM
Kuala Lumpur – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) baru-baru ini mengumumkan pelantikan bekas pemain perseorangan lelaki negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, sebagai jurulatih perseorangan yang baharu. Pelantikan ini berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2025, selepas satu perbincangan yang panjang dengan BAM dan beberapa syarat telah dipersetujui oleh Iskandar.
Pelantikan Iskandar: Langkah Positif untuk Masa Depan Badminton Malaysia
Presiden BAM, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, menyatakan bahawa perbincangan dengan Iskandar telah dimulakan sejak beberapa waktu lalu. Iskandar, yang masih memiliki kontrak dengan Persatuan Badminton Ireland sehingga Sukan Olimpik Los Angeles 2028, akhirnya bersetuju untuk menerima pelantikan tersebut selepas beberapa syarat dipersetujui.
Menurut Zafrul, BAM berasa teruja untuk memperkenalkan Iskandar sebagai jurulatih yang akan menyokong skuad perseorangan Malaysia. "Kami berharap Iskandar akan memulakan tugasnya pada 1 Oktober dan memberi sumbangan besar kepada perkembangan pemain-pemain perseorangan negara," katanya pada sidang media di Akademi Badminton Negara, Bukit Kiara.
Peranan Iskandar dalam Meningkatkan Skuad Perseorangan Malaysia
Sebagai jurulatih perseorangan, Iskandar akan bekerjasama rapat dengan Pengarah Kejurulatihan Perseorangan BAM, Kenneth Jonassen, untuk memperkukuh barisan pemain perseorangan negara, terutama di kalangan pemain wanita yang dilihat kurang menyerlah di peringkat antarabangsa.
"Iskandar mempunyai pengalaman yang luas dan kami percaya beliau akan mampu membantu memperbaiki prestasi pemain-pemain perseorangan wanita," kata Jonassen, yang juga menyatakan bahawa Iskandar adalah calon paling sesuai untuk menggalas tugas tersebut berikutan rekod kejayaan yang telah dicapainya di peringkat antarabangsa.
Keberhasilan Iskandar di Peringkat Antarabangsa: Meningkatkan Prestasi Pemain Ireland
Sebelum dilantik oleh BAM, Iskandar masih memegang jawatan Ketua Jurulatih Perseorangan Ireland. Di bawah bimbingannya, beberapa pemain perseorangan Ireland telah menunjukkan peningkatan ketara, dengan dua pemain, termasuk Nhat Nguyen, layak ke Sukan Olimpik Paris 2024. Kejayaan ini menjadi bukti kemampuan Iskandar dalam membentuk pemain bertaraf antarabangsa.
Harapan BAM terhadap Pelantikan Iskandar Zulkarnain
Pelantikan Iskandar sebagai jurulatih perseorangan Malaysia adalah sebahagian daripada usaha BAM untuk memperkukuh skuad badminton negara, terutamanya menjelang Sukan Olimpik Los Angeles 2028. BAM berharap beliau dapat memberikan bimbingan yang lebih terperinci dan mendalam kepada pemain, terutamanya dalam aspek teknikal dan mental.
Tengku Zafrul turut menegaskan bahawa BAM akan terus memperkenalkan lebih banyak langkah inovatif untuk mempertingkatkan kecemerlangan badminton negara. Pelantikan Iskandar ini adalah satu langkah penting dalam strategi jangka panjang BAM untuk mengekalkan Malaysia sebagai salah satu kuasa besar dalam dunia badminton.
Kesimpulan: Iskandar Zulkarnain sebagai Jurulatih Perseorangan
Pelantikan Iskandar Zulkarnain Zainuddin sebagai jurulatih perseorangan BAM membuka peluang baharu dalam usaha mempertingkatkan prestasi skuad perseorangan negara. Dengan pengalaman beliau di peringkat antarabangsa, terutama di Ireland, diharapkan beliau dapat membawa perubahan yang positif kepada pemain-pemain Malaysia, khususnya dalam persiapan menghadapi Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
BAM kini menantikan perkembangan positif daripada pelantikan ini dan berharap Iskandar dapat membantu membentuk generasi pemain perseorangan yang lebih berdaya saing di peringkat dunia. Iskandar dijangka akan melapor diri pada 1 Oktober dan memberikan sumbangan besar kepada perkembangan badminton Malaysia.
Semoga pemilihan Iskandar ini bakal menjadi satu fenomena bagi kem perseorangan lelaki dan wanita negara seperti mana yang dilakukan herry IP yang berjaya merubah prestasi skuad beregu lelaki negara sehinggakan memenangi 4 kejohanan baru-baru ini.. Kita melihat potensi seperti Letshana, Ling Ching dan juga Justin hoh sebagai pemain yang bakal mencipta fenomena di pentas antarabangsa selepas ini..
Namun, kita perlukan sokongan semua pihak dalam menjayakan misi ini dan sudah pasti rakyat Malaysia di perlukan bagi memberi sokongan padu kepada semua pemain negara agar mereka terus konsisten mencipta kejayaan di pentas antarabangsa seterusnya membanggakan kita dan negara kita..
Semoga Iskandar Zulkarinan berjaya memberikan yang terbaik untuk Malaysia selepas kembali berbakti ditanah air.. memang kita harap perubahan yang baik dan peningkatan yang baik untuk kem negara. Semoga berjaya untuk semua atlet dan jurulatih negara di kejohanan-kejohanan yang mendapatang ini..