Perkembangan terkini pasukan negeri sembilan menjelang aksi liga super 2025 tidak lama lagi.. baru-baru ini skuad Jang Hobin diberitakan sedang giat memburu pemain-pemain berkualiti bagi kelangsungan mereka dalam liga yang bakal bermula tidak lama lagi.. nama-nama besar sudah di rekrut antaranya Luqman Hakim yang dijangka akan mengemudi barisan serangan pasukan..
Negeri sembilan FC dilihat sangat ghairah mencari pemain baru selepas beberapa pasukan besar mengundurkan diri daripada liga super seperti Kedah, Pahang dan juga Perak.. Jadi pemain-pemain mereka kini menjadi rebutan Negeri Sembilan bagi membolehkan mereka bersaing dengan lebih baik di peringkat liga dengan lebih kuat...
.. Pasukan Negeri sembilan juga merupakan pasukan yang mempunyai sejarah yang tersendiri dalamliga dan jelas perubahan strategi yang mereka lakukan sekarang ini mampu mengembalikan pasukan itu ke tahap yang lebih hebat di musim baru liga super 2025 ini.. Persoalannya mampukah NSFC brtahan dari segi kewangan jika mereka terus menerus berbelanja seperti sekarang ini?
Terbaru, mereka baru sahaja merekrut penyerang pasukan JDT, Obregon yang dijangka akan menjadi pemusnah pasukan lawan tidak lama lagi.. Obregon merupakan antara penyerang berbisa di liga-liga lain tetapi gagal mendapat tempat dalam saingan AFC Elite dan juga Liga Super musim lalu.. jadi dia kini menggunakan Negeri Sembilan sebagai peluang untuk mencipta nama di Malaysia..
NSFC kini di latih oleh bekas jurulatih Selangor iaitu Nidzam Jamil dan pasti banyak taktikal baru bakal di terapkan kedalam pasukan dan jelass ini akan menjadi daya tambah untuk menarik minat pelabur dan juga pemain-pemain berkualiti memandangkan Nidzam merupakan jurulatih muda yang mempunyai corak pemainan yang baik dan bermain dengan bola sepak moden..
Aku secara jujurnya mahu melihat negeri sembilan bermain dengan baik dalam liga musim ini.. Dana ku juga berharap agara mereka berjaya masuk TOP 5 liga Super nanti dan mampu mengalahkan pasukan-pasukan hebat yang lain seperti JDT, Selangor, Terengganu dan lain-lain. Memang risau kalah salah taktikal, tetapi kalau tak cuba langsung macam mana kita nak tahu ia menjadi ataupun tidak..
mahu tak mahu, kena terus berusaha dan menyelesaikan masalah demi masalah dalam pasukan dan terus fokus hingga berjaya menjulang trofi nanti. Cumanya, sebagai peminat bola sepak Malaysia sejak puluhan tahun, aku harapkan Negeri Sembilan tidak mempunyai masalah untuk membayar gaji pemain untuk musim baru nanti..
.. Bukan apa, aku bimbang buat apa keluar duit banyak tetapi tidak mampu bayar gaji pemain macam masalah yang dihadapi oleh pasukan-pasukan lain sebelum ini.. Aku nak NSFC berhati-hati dan pastikan sumber kewangan kukuh.. jangan lukakan hati peminat bola sepak negeri sembilan ini dengan masalah dan isu gaji di pertengah musim nanti..
Kita harapkan negeri sembilan bakal bangkit dengan jayanya dalam liga super 2025 ini seterusnya menjadi pasukan contoh untuk pasukan-pasukan lain..Rindu nak tengok stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi penuh macam dulu-dulu balik.. boleh tak tu penyokong hobin jang hobin merialisasikan impian itu musim 2025 dan 2026 ini??
Negeri Sembilan FC Terus Beri Peluang Kepada Pemain Muda Dalam Persiapan Liga Malaysia 2025-2026
Seremban: Negeri Sembilan FC (NSFC) dilihat terus memberi peluang kepada pemain muda, terutama dari kalangan anak jati Negeri Sembilan, untuk berada dalam pasukan utama dalam persiapan menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2025-2026.
Langkah ini dilihat sebagai strategi yang bertepatan, bertujuan untuk memberi peluang kepada pemain muda menimba pengalaman serta memberikan sumbangan terbaik demi menjulang nama Negeri Sembilan dalam dunia bola sepak berprestij tempatan. Dengan ini, pemain muda diberikan platform untuk membuktikan kemampuan mereka dan menjadi aset utama kelab di masa depan.
Pemain muda mempunyai aura yang tersendiri tetapi mereka juga memerlukan pengalaman pemain senior dalam pasukan.. Jika tidak aura mereka tidak berkembang dan terus berada di tahap yang lalu.. Pemain muda perlukan bimbingan pemain senior yang matang dan mampu memberi dorongan dan pelajaran..
Kalau setakat nak isi kekosongan dalam pasukan dan tak mampu mengajar perkara baik kepada pemainmuda, lebih baik jangan jadi pemain senior.. Pemain muda jelas akan terus menyambung legasi lama dan mereka akan terus berkembang dengan baik jika di jaga dengan baik.. Pemilihan pemain muda dalam skuad Negeri Sembilan FC musim ini bakal menjadi sejarah baru dalam pasukan itu.. Dan juga bakal menjadi penanda aras untuk skuad NSFC di masa hadapan nanti...
Pemain Muda Terkini Diserap Ke Dalam Skuad Senior
Ketua Pegawai Eksekutif NSFC, Faliq Firdaus, mengumumkan bahawa Muhammad Afiq Fitri Mohd Jefry serta pemain kembar, Muhammad Noor Aidil dan Muhammad Noor Adha Zailani, adalah antara pemain muda yang terbaru diserapkan ke dalam skuad senior NSFC yang dikendalikan oleh Nidzam Jamil. Mereka adalah pemain berusia 23 tahun yang sudah biasa dengan Negeri Sembilan.
"Sukacita pihak kelab mengumumkan Afiq Fitri, Noor Aidil dan Noor Adha dinaikkan pangkat dan diserapkan dalam pasukan senior musim ini. Ketiga-tiga pemain ini bukan asing bagi Negeri Sembilan," kata Faliq dalam kenyataan beliau.
Perjalanan Karier Pemain Muda Negeri Sembilan FC
Faliq juga berkongsi bahawa Afiq Fitri pernah membuat penampilan pertama bersama pasukan bawah 18 tahun (B18) pada tahun 2020, sebelum dipinjamkan ke skuad FAM-MSN pada tahun 2021 untuk setahun. Setelah pulang dari pinjaman, beliau menyertai skuad B-23 Negeri Sembilan sebelum akhirnya diserapkan ke dalam pasukan senior.
Sementara itu, pemain kembar Noor Aidil dan Noor Adha, yang merupakan pemain pertahanan tengah dan tengah, sebelum ini bersama skuad B-20 dan B-23, telah menunjukkan peningkatan prestasi yang memberangsangkan. Faliq percaya bahawa pemain-pemain ini sudah mencapai tahap yang cukup baik dan berpotensi untuk bermain di peringkat lebih tinggi dalam Liga Super.
Fokus Pada Pengembangan Bakat Muda
Dengan memasukkan pemain muda ke dalam pasukan utama, NSFC terus memperkukuh komitmen mereka terhadap pembangunan bakat muda dan memberikan mereka peluang untuk bersaing di peringkat tertinggi. Ini bukan sahaja memberi ruang kepada pemain untuk berkembang, tetapi juga memperlihatkan kesediaan kelab untuk menyokong pemain muda dalam mencapai potensi penuh mereka.
Kesimpulan: Negeri Sembilan FC Menjadi Platform Untuk Bintang Muda Bersinar
Negeri Sembilan FC menunjukkan bahawa mereka mementingkan pembangunan pemain muda dalam usaha untuk terus bersaing di Liga Malaysia dan membawa nama Negeri Sembilan ke peringkat lebih tinggi. Langkah untuk memberi tempat kepada pemain muda seperti Afiq Fitri, Noor Aidil, dan Noor Adha adalah tanda positif bahawa kelab ini memandang serius pembangunan bakat muda sebagai salah satu kunci kejayaan di masa depan.
Akhir sekali, perkara penting dalam penyediaan pasukan ke arah pasukan yang stabil dalam liga perlu diambil berat oleh semua pasukan.. Terutamanya pasukan yang melakukan rombakan besar-besaran dan pasti akan ada yang lompong di pertengahan liga nanti.. Semoga dengan perubahan drastik NSFC kali ini akan membuahkan hasil yang baik untuk pasukan ini di dalam liga musim baru dan tidak menjadikan NSFC sebagai pasukan yang seterusnya menarik diri dari liga super.. Good Luck NSFC !!