Sejak kemenangan besar skuad Malaysia mengalahkan Vietnam, ramai tau peminat bola sepak Malaysia yang gembira dengan rpestasi tersebut.. Malah ada yang mula berangan-angan untuk bermain di Piala Dunia satu masa nanti.. tapi okey ker nak berangan sekarang? baru satu game jer yang nampak permainan mereka semakin baik?? ke korang nak enjoy the moment sahaja dulu dan fikir strategi Harimau Malaya kemudian??

Aku jujur cakap risau !! prestasi ini akan ada yang naik dan akan ada yang turun... tapi kalau kita hanya menyokong time menang sahaja nanti kita akan ada masalah besar bila skuad Harimau Malaya kalahh.. haa ramai jadi bangsa final sebab ni lah.. bukan tak boleh seronok dengan kemenangan tetapi kena hati-hati..

Jelas dan sangat tepat dengan prestasi terkini harimau malaya, kita perlu !! .. fokus dengan betul-betul fokus terhadap kelayakan piala asia 2027 terlebih dahulu sebelum berangan-angan ke Piala Dunia. Macam zaman kim pan gon dulu... kita sudah bermain di Piala Asia dan ramai yang bangga dengan prestasi tersebut kan.. Cuma sekarang ni.. nasib kita tak begitu baik apabila perlu lalui pusingan kelayakan semula berbanding jiran kita yang sudah layak ke Piala Asia 2027..

.. Jadi seharusnya, kita berfikir bagaimana nak beraksi dengan lebih baik di Piala Asia seterusnya layak ke kejohanan Piala ASIA yang seterusnya secara terus.. ia jelas jimatkan masa kita dan tidak perlu risau tidak layak ke kejohanan terbesar asia itu... 

Ditambah pula dengan kehaidran pemain wairsan yang berkualiti yang bermain di liga eropah jelas menambah kualiti pasukan Harimau Malaya di pentas antarabangsa... kita risau satu hari mereka juga akan ada masalah dengan prestasi seterusnya akan merosakkan pemainan harimau malaya pula nanti.. Menang lawan vietnam memang satu prestasi yang wajib diberi pujian..

Tetapi jangan terleka kerana kita bakal ada banyak lagi peluang dan perlawanan yang perlu ditempuhi dan jangan pula kita lalai dan akhirnya.. terlepas pula piala asia 2027 nanti.. ...


Kemenangan Bergaya 4-0 Malaysia Ke Atas Vietnam Bukti Keberkesanan Strategi Harimau Malaya



Kemenangan Bergaya 4-0 Malaysia Ke Atas Vietnam Bukti Keberkesanan Strategi Harimau Malaya

Norshahrul Idlan Talaha: Kemenangan 4-0 Ke Atas Vietnam Menunjukkan Kemajuan Harimau Malaya

Bangi – Bekas penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, menyifatkan kemenangan bergaya 4-0 Malaysia ke atas Vietnam dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027 sebagai bukti keberkesanan strategi semasa yang diterapkan oleh skuad Harimau Malaya. Menurut Mat Yo, kejayaan ini bukan sahaja membanggakan, tetapi juga menunjukkan kemajuan besar yang dicapai oleh pasukan kebangsaan ketika ini.

Kemenangan 4-0: Bukti Kekuatan Pasukan Harimau Malaya

"Kemenangan 4-0 ke atas Vietnam adalah satu kejayaan yang sangat membanggakan. Pasukan seperti Vietnam, Thailand, dan Indonesia adalah lawannya setaraf kita. Walaupun kita belum berada pada tahap pasukan Jepun atau Korea, tetapi ini adalah langkah positif untuk masa depan," kata Mat Yo ketika ditemui di Majlis Game Changers, anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), semalam.

Pemain Warisan: Langkah Jangka Pendek Yang Berkesan

Menurut Mat Yo, kemunculan pemain warisan dalam skuad Harimau Malaya memberi impak besar dalam meningkatkan prestasi pasukan. Ia merupakan hasil usaha berterusan oleh pelbagai pihak termasuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang memainkan peranan penting dalam mengenal pasti serta membawa masuk pemain berdarah Malaysia dari luar negara.

Mat Yo menambah, "Apa yang diusahakan oleh FAM dan TMJ dalam membawa masuk lebih ramai pemain warisan memang memberikan impak besar kepada pasukan. Ini adalah langkah jangka pendek yang sangat berkesan dalam melonjakkan prestasi pasukan kebangsaan."

Kejayaan Ini Bukan Ukuran Mutlak, Namun Teruskan Peningkatan Berterusan

Mat Yo juga mengimbas kembali pengalamannya bersama skuad kebangsaan, di mana beliau mengakui bahawa kemenangan besar ke atas Vietnam bukan kali pertama dikecapi. Namun, beliau menegaskan bahawa kemenangan besar ini tidak boleh dijadikan ukuran mutlak prestasi sebenar pasukan. "Saya pernah menjaringkan gol ketika kita kalahkan Vietnam 4-2 suatu ketika dulu, jadi walaupun menang besar, itu bukanlah penentu utama kekuatan pasukan. Yang paling penting adalah kesinambungan dan peningkatan berterusan," jelas Mat Yo.

Harimau Malaya Kini Semakin Bertaring

Norshahrul Idlan Talaha turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam pembangunan skuad Harimau Malaya ketika ini. Beliau juga menegaskan bahawa kemunculan pemain warisan akan menjadi 'game changer' yang mampu melonjakkan Malaysia ke tahap lebih tinggi di pentas antarabangsa.

"Tahniah kepada semua pihak yang terlibat, terutama kepada pasukan Harimau Malaya. Keputusan 4-0 itu sangat membanggakan dan memberi isyarat bahawa Harimau Malaya kini semakin bertaring," ujar Mat Yo penuh bangga.

Kesimpulan: Kemenangan 4-0 Menunjukkan Potensi Harimau Malaya Untuk Masa Depan

Kemenangan 4-0 Malaysia ke atas Vietnam dalam Kelayakan Piala Asia 2027 adalah bukti kejayaan strategi semasa skuad Harimau Malaya. Dengan kemasukan pemain warisan dan usaha berterusan dari FAM dan TMJ, Harimau Malaya kini menunjukkan prestasi yang semakin mengagumkan dan berpotensi besar untuk mengharungi cabaran yang lebih besar pada masa hadapan, termasuk kejohanan Piala Asia dan Piala Dunia.