Baru-baru ni, sudah diumumkan beberapa pemain yang bakal menyertai program road to goal sempenan sukan olimpik 2028 tidak lama lagi... antara yang dah disahkan akan sertai adalah Aaron chia dan soh wooi yik, pearly tan dan thinaah serta beberapa atlet lain... sejak tu ramai pula yang tertanya-tanya mengenai status pemain no 1 dunia yang tidak diumumkan tempoh hari... memang ramai risau dan terkejut.

Sebab utamanya adalah mereka bergerak secara proffesional dan sendiri berbanding atle-atlet lain sebelum ini.. jadi timbul persoalan macam tu sama ada mereka nak ikut sekali atau tidak. Namun begitu, hari ini... menteri belia dan sukan sudah umumkan yang pasangan no 1 dunia itu bakal menyertai program RTG itu...

Memang apa yang diharapkan peminat menjadi kenyataan.. Kita hanya tinggal 3 tahun sahaja lagi menjelang Olimpik LA 2028 nanti.. jadi kita perlu fokus dan terus buru peluang demi peluang untuk menempah kejayaan tidak lama lagi..

Kalau tidak sudah pasti kita akan ketinggalan dan sukar untuk menjadi juara dan merangkul pingat emas pada sukan olimpik tersebut.. . Kemeriahan sukan ini sangat memberi makna kepada pemain.. jadi program ini sangat memberi kesan kerana membantu para pemain dari segi kewangan dan fasiliti bagi meningkatkan permainan mereka seterusnya mengharumkan nama negara. 

Pemain beregu campuran negara juga turut sama menyertai program ini kerana Goh Soon Huat dan Shevon sangat berpotensi merangkul pingat di kejohanan besar itu... jadi kita harap mereka gunakan peluang ini dengan sebaiknya dan terus mengharumkan nama negara kita....

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani Sertai Program Road to Gold (RTG)

Kuala Lumpur: Teka-teki mengenai beregu nombor satu dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, akhirnya terjawab apabila mereka secara rasmi menyertai program Road to Gold (RTG) sebagai persediaan untuk Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).


Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani bersama pasukan badminton negara.



Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie Juga Menyertai Program RTG

Selain itu, beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, turut mengesahkan penyertaan mereka dalam program RTG. Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, mengumumkan perkara ini melalui satu hantaran di media sosial hari ini.

12 Atlet Badminton Dalam Program RTG

Penyertaan dua pasangan ini menjadikan bilangan atlet badminton dalam program RTG seramai 12 orang. Atlet-atlet ini telah menunjukkan persembahan yang konsisten pada setiap pertandingan, membolehkan mereka berada dalam kelompok 10 terbaik dunia.

Sokongan Penuh Melalui RTG untuk Kejayaan Olimpik LA28

"Melalui RTG, empat pemain ini akan menerima sokongan menyeluruh untuk meningkatkan prestasi mereka. Usaha ini bertujuan untuk bukan sahaja melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2028, tetapi juga untuk mencipta sejarah buat negara di Los Angeles," kata Hannah Yeoh.

Penyertaan Atlet Badminton Lain dalam Program RTG

Sebagai tambahan, beregu lelaki negara seperti Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, beregu wanita Pearly Tan-M Thinaah, dan beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei juga telah mengesahkan penyertaan mereka dalam program RTG baru-baru ini.


Kelayakan Olimpik dan Penyediaan Sumber Daya untuk Atlet

Majlis menandatangani perjanjian untuk penyertaan pasangan-pasangan tersebut dalam RTG semalam turut disaksikan oleh Penyelaras Projek RTG, Datuk Stuart Ramalingam. Pasangan-pasangan tersebut kini akan mendapat sokongan penuh untuk memastikan mereka kekal konsisten menjelang kelayakan Olimpik yang bermula pertengahan tahun depan.


Peluang Emas Pertama di LA28

Setiap atlet yang berada dalam program RTG akan mendapat layanan khas untuk memastikan prestasi mereka berada di tahap tertinggi, sekaligus meningkatkan peluang mereka untuk meraih emas pertama negara di Olimpik Los Angeles 2028.