Buat duit dengan Sukan !! Ini ramai tak sedar ! Sedih !
Hai korang.. dalam entri kali niaku tlis awal pagi tau.. dalam mengantuk-mengantuk pun aku tetap buat untuk korang.. sebabnya aku teringat yang aku terlupa nak tulis benda ni.. jadi korang layankan jer lah ya.. baca sampai habis mengenai kebaikan sukan kepada negara.. nampak macam simple jerr kan tapi benda ni berlaku dalam senyap dan membimbangkan..
Dalam aku bercerita nikan, rama tak sedar yang sukan sekarang ni dah makin diikat dengan duit.. tak kiralah dari segi wang kemenangan sehinggalah kepada wang sponser satu-satu kejohanan. Dunia dah makin gila weh !! macam badminton tu, haa korang tahu setiap kejohanan dah cecah jutaan dolar dan ringgit untuk kemenangan no 1 tau..
Fuhh masyuukk !!! masyuuukk !! weeh !!
Duit juga sangat diperlukan dalam membantu latihan para pemain.. Sebagai contoh nak jurulatih berpengalaman perlu lebih banyak wang tetapi hasilnya sudah pasti dapatt.. jadi memang tak sangka duit ini sangat diperlukan gila-gila sampai lah ke tahap tu kan.. Ditambah pula dengan kos sara hidup yang semakin tinggu sekarang ni membuatkan nilai duit itu makin tinggi dan mahal.
Bagi korang yang tak tahu, sukan bukanlah hanya untuk hiburan beriadah sahaja tetapi sukan juga adalah satu impak besar kepada ekonomi dunia.. malah korang pun dah perasan sekarang ni yang sukan bukan hanya untuk kesihatan tetapi sudah menjadi pengubah nasib sesorang yang menceburi bidang tersebut.. sekarang ni ramai yang dah kaya dengan sukan tau.
Sebenarnya kawan-kawan, aku nak bagitau yang sukan juga menjadi satu industri ekonomi bagi pembuat-pembuat duit dan bisnesman.. errmm aku tahu ramai yang tak suka bila aku cakap setiap sukan tu ada pelopor dia sendiri termasuklah dari lokasi pertandingan sehinggalah pakaian para atlet yang sekarang ini menjadi nilai jutaan tau..
Itu belum lagi pakaian itu di pakai oleh pemain no 1 dunia macam Cristiano Ronaldo, Axelsen dan lain-lain.. kalau dari sudut yang lain ia sudah menjadi trend untuk para atlet menjadi duta kepada jenama-jenama besar dunia.. kau tengok Lamine Yamal yang baru naik tu pun penuh dengan iklan jerr sekarang nii..
Ia sekali gus memberi kelebihan kewangan kepada pemain dan memberi jualan pantas kepada para peniaga dan jenama besar.. korang mesti tak suka kan.. sebab satu masa dahulu setiap sukan itu ada passion sendiri.. dan semangat dia lain macam bila tengok sukan-sukan ni.. dulu pemain- pemain bermati-matian bermain di atas padang cam eric cantona yang terkenal dengan baran dia tetapi itu semangat yang kita nak..
Tapi sekarang pemain lebih risau mengenai poket mereka ja kan.. kalah pun seronok jerr.. hahaha
Korang tahu tak sukan kini menjadi penyumbang yang agak diperlukan kepada ekonomi dunia.. berbillion dolar yang berjaya dihasilkan diorang setiap tahun tau.. kini ia bukan satu perkara hobi semata-mata tetapi sudah jadi bisnes besaauuu punyaa..termasuklah penjualan tiket lagi, sewaan stadium dan lain-lain lagi..
Fuhh makin kita gali nii, makin banyak pula yang keluarkan.. hahaha..
Korang tahu sebab apa sukan banyak bantu ekonomi dunia? meh sini aku ajar ehhh aku ceritakan yang mana sukan banyak mencipta peluang kerja kepada ekonomi setempat.. ia termasuklah kilang-kilang mencipta dan membuat pakaian mereka sehinggalah kepada menggajikan jurulatih berpengalaman yang sangat di perlukan oleh pasukan mereka.
Aku tambah contoh lain untuk korang lebihh faham ya.. contoh mudah nak masuk FIFA World cup 2026 tahun depan kan.. yerr pandai korang !! aku tak habis cerita lagi korang dah tahu iaitu hak penyiaran!! fuhh ni banyak duit masyukk tau nanti.. bagaimana hak penyiaran ini menambah poket media untuk menjual penyiaran mereka kepada negara-negara di seluruh dunia..
Yang sudah pasti mendapat permintaan tinggi dalam kalangan peminat bola sepak dunia.. jadi dari sinilah dana itu masuk dan memenuhkan pokeet orang atas.. dari duit kita juga.. kita kerja, lepas tu kena langgan tv untuk tengok bola.. duit yang kita bayar tulah menjadi duti mereka.. dan itu lah berulang-ulang untuk setiap sukan yang ada..
Sukan juga bukan peluang pekerjaan kepada masyarakat di negara-negara miskin yang menjadi tempat pengkilangan berlaku.. dari tukang potong kain sehinggalah tukang jahit baju..ini semua memerlukan ribuan pekerja untuk memastikan permintaan masyarakat dunia dan kita sendiri dapat dipenuhi.. sebab itulah mereka kata sukan dapat bantu ubah ekonomi dunia..
Mungkin korang tak perasan, bila ada sukan. pekerjaan seperti tukang stadium dan tukang elektrik dan air bertambah dan memerlukan ramai pekerja.. ini bagi menjamin kelangsungan perlawanan sukan itu dan memastikan ia berjalan lancar.. sebab itu ada kitman ada grassman dan lain-lain.. semua ini sangat penting dan memerlukan tenaga manusia.. dari sini mereka diberi gaji untuk terus setia bekerja dan meningkatkan taraf hidup mereka..
Ok dah !! sekarang ni aku nak buka satu sisi lain yang mana korang mungkin tak perasan.. sukan membuka peluang pelancongan besar kepada negara tuan rumah.. kita pernah menganjurkan sukan komenwel pada tahun 1998 dulu yang mana ketika itu kita menjadi tumpuan dunia dan sudah pasti ia membantu ekonomi kita serta infrastruktur kemudahan yang ada dalam negara kita.
Ia meliputi tempat tinggal pemain dan pegawai, cederahati dan juga pengangkutan yang sentiasa menjadi tumpuan ramai ketika kejohanan berlangsung.. Dari sini jgualah kita dapat mengenali budaya tempatan dan negara baru yang kita kunjungi ini.. haa pada masa yang sama penonton dan peminat juga akan bertumpuan kepada tempat kejohanan untuk beri sokongan kepada pemain mereka.
Aku ambil contoh paling dekat yang awal 2026 ni akan ada terbuka Malaysia bagi sukan badminton.. ramai pemain-pemain dunia sudah bersedia untuk turun beraksi kaan.. ramai juga peminat-peminat dari negara-negara lain yang akan turun ke stadium.. jadi dari sinilah kita menjana ekonomi kita dari sukan..t ermasuklah penginapan penyokong dan pemain ini.
Serta tempat makan dan juga pengangkutan yang aku cakap tu pasti akan menerima lambakan pengunjung sepanjang seminggu kejohanan ini berlangsung.. haa nampak tak sekarng ni bukan sekadar sukan tetapi meliputi aspek yang besar termasuklah mengubah hidup orang lain menjadi lebih baik dan mengubah keluarga mereka menjadi lebih baik..
Haa tu diaa, panjang lebar aku ceramah hari ni.. aku nak update lagi untuk next entri.. rasanya panjang sangat kan.. korang kena baca untuk part seterusnya sebab aku akan update lagi tau.. korang yang ada dlaam industri ni boleh lah komen bagaiman sukan mengubah ekonomi korang menjadi lebih baik dari masa kesemasa ya..
Sebelum aku tutup untuk entri ni, aku nak ceritakan yang sekarang ni bukan sahaja tertumpu kepada semangat tetapi jugapada ekonomi juga.. bermula dari kerja sehinggalah buat keluarga mereka tersenyum hasil dari pekerjaan dalam bidang sukan itu membuatkan sukan tidak boleh dipandang rendah dan diabaikan..
Kerana banyak kebaikan dari sudut ekonomi boleh terhasil daripada sukan ini. jadi korang setuju tak dengan pendapat aku ni? kalau setuju kena komen sebab apa setuju.. kalau tak setuju pun lagi lah kena komen.. baru aku tahu salah aku dekat mana kan.. hehe komen banyak-banyak sebab nanti aku baca ya.. betul !! aku baca tau !! hehehe

إرسال تعليق for "Buat duit dengan Sukan !! Ini ramai tak sedar ! Sedih !"
Jom komen ! :)